2:216

Monday 13 February 2012

walau kita jauh tapi hati kita dekat ^.^

bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma faqqihna fiddin


Dear Me!

penuhkanlah hati ini dengan cinta yang
kekal ABADI dariNya sebelum kita
mencintai makhlukNya.
mintalah padaNya seandainya kita
bersungguh sungguh inginkan
seseorang itu kerana pemilik hatinya
Allah Yang Satu :)
seandainya dia baik untuk AGAMA,
kehidupan dan pengakhiran hidup kita
bersabarlah..Allah pasti satukan

Allah s.w.t berfirman:
"pasti akan mendapat cintaKu
orang yang saling mencintai kerana
Aku, yang saling mengunjungi kerana
Aku dan saling memberi kerana Aku.
~hadis qudsi~

itulah cinta utama.
cinta Allah
cinta pencipta!
Allahuakbar



kenapa ya entry saya penuh
dengan cinta itu dan cinta ini?
jawapan saya mudah.
itu fitrah.

baru baru ni saya berchating dengan
sahabat sahabat lama.
sahabat ketika berada dizaman sekolah
rendah.
semakin matang mereka.
banyak perubahan.
insyaAllah negatif---> positif
lama sungguh tak berjumpa dengan mereka
masing masing sibuk .

bila mengenangkan kisah kisah
silam kami.
astaghfirullah jahilnya saya.
ada juga kenangan kami yang
membuat kami tertawa dan
ada juga terselit dukanya.
rindunya saya pada mereka :(
tipulah kalau saya kata
saya tak sayang awak sahabat~
kerana hati ini Allah je yang tau.




ketika menjejakkan kaki ke sekolah
menengah kami tidak seakrab dulu.
hanya pada cuti sekolah kami berjumpa.
gelaran mereka untuk saya "ustazah lili"
sangat sangatlah tak layak untukku.
kadang kadang tertawa melihat gelagat mereka
terutama si zati ni..sahabat dari tadika..
kata-katanya yang masih terngiang ditelingaku
"kalau keluar dengan ustazah ni kena tutup aurat"
senyum sendirianku..:)

maafkan saya sahabat kerana kurangnya
layanan saya untuk antunna.
sedih hati saya :(
nanti ada kelapangan saya nak jumpa
awak semua.




especially bestfren sekolah dulu
ayu.tim.saila.zati & is..
mereka sahabat yang terbaik.
rasa rasanya antara kita ni
lili yang paling nakal.
hee..

chat dengan saila hari tu
banyak sangat yang kami bualkan
ayat yang berulang dari saila ni
"li.....ko banyak berubah"
jawabku: biasa je..bertambah nakal ye kot
hee~
saila pun banyak berubah.
bertambah tambah cantiknya.
subhanallah.



bila melihat mereka
kelu lidah tanpa kata.
sedih atau gembira hati ini?
sukar untuk ditafsirkan.
salahkah diri ini kerana membiarkan
mereka terus begitu tanpa teguran
dari seorang sahabat.

kesibukan diri ini sehingga mengabaikan
mereka?
ya Allah bantulah hambaMu ini.
saya nak jadi sahabat yang baik
untuk awak semua.
mungkin suatu ketika dahulu saya
sangat sangat jahil tapi insyaAllah sekarang
saya akan cuba jadi yang terbaik.




doakan saya sahabat.
moga saya mampu untuk beriringan dengan
awak semua ke syurga kelak.

ya Allah
sentuhlah hati sahabat sahabat saya tanda kelembutan
dengan kasih sayangMu..
saya cintakan mereka!

untuk awak sahabat saya..
jaga diri baik baik
jaga iman.
andai rasa jauh denganNya
maka cepat cepat dekatkan.
halalkan dengan segera :)
Allah suka yang halal...^.^




moga ukhwah kita berpanjangan.
walau sukar bertemu didunia insyaAllah akhirat 
kelak kita pasti bertemu..

fi amanillah ya sayang ^^.

No comments:

Post a Comment