2:216

Saturday 9 February 2013

Dia lebih tahu :)


bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah  :)



tiada kata seindah mensyukuri nikmatNya

pembuka tirai 2013 bersama selawat buat junjungan besar
Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam

syukur padaNya masih diberi umur

hampir sebulan cuti semester di habiskan bersama
usrah tercinta 

kini baru berpeluang membuka blog
kekangan masa ini hanya Dia yang tahu :)


hati memilih agar sentiasa berada dalam keadaan
sibuk daripada masa masa yang terluang
dihabiskan dengan perkara yang tidak 
bermanfaat

lebih membimbangkan apabila maksiat memenuhi
ruang hati.





kita tak tahu sejauh mana kekuatan diri
tapi Allah tahu.

mohon padaNya agar dikuatkan hati
dimantapkan iman



pastinya kita sentiasa mengharap redhaNya

itulah kali pertama dan harapan yang terakhir
pertemuan bukan untuk lebih mendekati
cukup sekadar mengenali

diri ini bukanlah terbaik untuknya
atas dasar diri yang penuh kekurangan biarlah
Dia menentukan kerana ketentuanNya 
adalah terbaik

maaf dari saya kerana pertemuan ini





hanya mampu tersenyum saat terluka
tapi kalimahNya cukup mendamaikan kerana
hanya Dia tahu fi qalbi

:)

kakak kata : suka dia ?
 ku hantarkan sebuah senyuman

jawapanku : " kami hanya berkawan"
mungkin itu jawapan terbaik
bimbang hati lalai

'diam itu lebih baik'




kerana ini kali pertama seseorang
'hamba Allah'
 yang aku kenalkan pada keluargaku

bukan berharap tetapi selesa bersamanya ketika si dia
banyak menegurku atas khilafku

sebelum bertemu dengannya ku titipkan doa dalam
solatku memohon jawapan dari penciptaku

"Allah ..andai Kau mengizinkan aku bertemu dengannya
maka permudahkan urusanku bersamanya..lindungi aku
dari fitnah duniawi"

aku juga bermusyawarah bersama seorang sahabat
solehah.



lili : aina sayang.. rasa berat hati nak 
bertemu dengan dia

aina : lili...jangan beratkan bila Allah izinkan, 
doa dan selawat Allah ada jawapannya
moga Allah beri yang terbaik


Alhamdulillah 

summalhamdulillah :)

Allah beri kekuatan walau ketika bertemu
hanya beberapa minit





rasa nak mengalir dumu' kerana dia terlalu
sempurna
diluar jangkaanku kerana caranya terlalu
baik

subhanallah


terima kasih Allah atas pinjaman ini

pernah sekali aku berkata harap harapnya
ini yang terbaik

sahabatku ini membalas dengan kata katanya

"jangan terlalu berharap kerana Allah tak bagi apa yang kita
mahu tapi Allah beri apa yang kita perlu"

sudah cukup untuk muhasabah diri ini




syukran :)






sahabat yang baik itu kita rasa tenang bersamanya
dan selalu mengingatkan kita kepada Dia
Al-Qarni


Allah sangat sangat sayangkan dia
kerana itu Allah jaga dia

betul kan ?




"duhai hati jangan pernah lemah dengan dunia, 
duhai hati redhalah dengan ketentuanNya"

Dia tahu apa yang terbaik untukmu,
didik hati banyakkan bersabar
agar teguh imanmu


satu ketika dulu
diri ini meminta untuk 'stop' dari terus berkawan
jawapannya sangat tenang

"jika ia lebih banyak mendatangkan keburukan
pastinya 'stop' tu adalah yang terbaik"

malam itu juga daku memberi jawapan
tapi something that  unexpect

what ?

hati rase tak tenang dengan jawapanku sendiri 

:'(




tengah malam Allah mengizinkanku untuk berjaga
menghadapNya

Allah rindu tangisan hambaNya

aku memohon petunjuk sesuatu yang terbaik
agar dapat mendamaikan rasa ini
  
"Allah.. beri aku jawapan dan pilihan terbaik
disisiMu 

aku berserah dan mengharapkan sesuatu 
yang lebih mendekatkan diriku
 padaMu"

jawapan yang ku temui
Alhamdulillah  :))

saat berada dalam kesenangan mahupun 
kesulitan  jangan pernah lupakanNya
kerana Dia tidak pernah melupakan kita setiap saat

subhanallah :)

'ujian datang untuk membersihkan hati, sehingga
dalam hati hanya Allah yang tinggal'

i give you something li'anna uridu you remember
me always in du'a throughout your life





ibtisam daiman :))





asifah 'ala kulli hal

the most most important 
moga Allah redha :)

saya tinggalkan awak dengan Dia kerana
saya tahu Allah sebaik baik jagaan kan






Allah
hanya Kau yang tahu apa
yang ada di hatiku

Allahua'lam

:))))