Sunday, 27 October 2013

ingatlah Aku pasti Aku mengingatimu


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah 
kesibukan bersama tesis tidak
menghalang hamba ini untuk mengisi
ruangan cinta ini

sungguh takdirnya yang terindah



jika manusia menzalimimu
jangan berduka Allah sentiasa adil untukmu

jika manusia mengecewakanmu
jangan berduka kerana Allah sentiasa
menunaikan harapanmu

jika manusia melukai dirimu
jangan berduka kerana Allah sentiasa
menitipkan penawar buatmu

jika manusia menyayangimu
sedarilah cintanya tidak setanding
cinta Allah terhadapmu

syukur buatMu ya rabb
atas nikmat yang sangat bermakna
buat hamba dhaif ini

copypaste from 'bearshare'
"kalu ade ms pergila hospital
nnt kita tau nikmat sebenar kesihatan tu
kalu ade ms pergi la penjara
nnt kita tau nikmatnye kebebasan
kalu ade masa pergi la kubur
nnt kita tau kt situ la kita akan tggl sebelum ke neraka @syurga
lihat la orang2 tua
sbb itu ms depan kita
lihat la anak2 kecil
sbb itu masa silam kita"

hujung minggu ku penuhi bersama
anak-anak yang sangat mulia
sangat sangat dikasihi olehMu

sebahagian daripada mereka

jumlah mereka disini seramai
seratus orang
majoriti mereka kehilangan bapa
dan masih mempunyai ibu



benar kata sahabat
'kita akan mensyukuri dengan adanya
ibubapa bila kita ziarah
rumah anak yatim'

mereka sangat ramah
berbual bersama mereka membuatkan
hati rasa sayu

adik suka duduk sini?
jawab si comel
suka sebab ramai kawan

pelbagai telatah mereka
membuatkan kami tersenyum


ketika kami datang
mereka sedang belajar 
 wajah mereka sangat gembira

memuliakan anak-anak yatim
sangat dituntut dalam 
islam


kisah si baju biru ni
namanya azizi
pada mula kami menemubual
sangat pemalu
hee
tapi sebenarnya banyak cakap



ketika anak-anak yatim ni
berlari-lari bersama kawan mereka

mendengar kata kata makcik
penjaga mereka
'kamu ni belajar rajin rajin 
jangan nak main je
ubah nasib keluarga kamu'

tersentuh hati mendengar
kata makcik yang sangat penyayang
sungguh mengambil berat
sangat mulia disisiMu
ya Allah

sebelum pulang dapat juga memeluk
anak anak ini dengan erat
moga tidak hilang rasa
cinta buat mereka



ketika bersalaman bersama
makcik
pesannya...
sudah berada di tahun akhir kan?
belajar baik baik
jadi ustazah nanti ye



insyaAllah
:)

Alhamdulillah selesai research
di rumah anak yatim 

tugas seterusnya
research bersama fakir miskin 
di qoryah sepintas
insyaAllah 
cuti midsem di rumah
next week

tabarakallahu fikum

^_______^