2:216

Sunday 16 August 2015

Maafkan Lily


بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadhan 2011 sehingga bertemu
Ramadhan kali ini
4 tahun sudah taaruf kita
ya pejam celik masa yang berlalu
tidak dirasai


kita dah banyak berubah kan
awak pun semakin hari
semakin matang kan..

terima kasih Allah untuk pinjaman
didunia untukku

terima kasih juga untuk awak yang
banyak membimbing
banyak bagi teguran pada hamba Allah ni



terima kasih juga sudi berkenalan 
dengan mak ayah saya dua tahun lepas
sekarang ni nama awak tu famous
dah dekat family saya
mak ayah along abang kemal n adik2

kalau berkumpul satu family
memang jadi satu kewajipan kot
disebut sebut nama awak

berbeza kan dengan awak?
maybe family saya ni kecil je
so everything kami sharing


sepanjang saya cuti ni pun
everyday mak tanya
pasal awak..

sihat ke?
makan apa awak kat sana?
ok ke awak kat sana?
bila awak nak "datang" sini lagi?

begitulah mak saya..
maaf ye saya tahu awak tak selesa

maybe you're the first 
'hamba Allah' yang rapat dengan saya

mak sangat caring pasal awak
one day, ramadhan 1436h ni pun
saya cerita dekat mak
 mengenai ustaz@imam surau tu
mak tegur
'dah ada A jangan layan yang lain'

Alahai mak..
mungkin sebab family saya masih 
bertahan sampai hari ni untuk menjadi
 'anak murid' awak..

saya sentiasa ingat kata2 awak ni..

"bila saya datang sini, 
banyak benda baru saya faham 
semua kena serah kepada Allah
 hatta benda yang kita jaga terbaik dah rasanya 
ada je yang jadi macam kita tak nak..
jadi sekarang saya serah semua kepadaNya
 dan bersedia berfikiran positif 
sebab tu je yang saya mampu"

bila awak cakap macam ni
rasa hampir give up!

but Lily yakin Allah ada
dan saya selitkan dalam doa..



ALLAH..
andai ini yang terbaik untukku
moga Engkau permudahkan urusan kami 
suatu hari nanti..
pertahankan aku melalui jalan ni
andai sebaliknya yang telah Engkau tulis
untukku maka kirimkan ketabahan
buat hambaMu ini


walau apapun ujian yang Allah kirim
terima kasih awak masih 
banyak sabarnya berbanding saya
kan?

maafkan saya banyak buat awak
terasa
maafkan saya banyak buat awak hilang 
sabar
maafkan saya yang sokmo 
mengusik awak
saya ni memang nakal tau
:)

saya tahu awak hebat dan
Allah lebih tahu kan?



cumanya dalam hidup saya
yang banyak ujian 
saya minta 2 perkara ni dari awak

'jujur dan kepercayaan'

boleh kan?

jangan marah ye apa yang saya coret ni
sebelum masuk um 
saje write something ni
mudah mudahan sepanjang perjalanan
sarjana saya nanti 
baik baik



its all about my soleh
biiznillah

last pesanan:
 bila saya dah 'senyap'
kirimkan al fatihah banyak banyak

الله يفتح علينا...


















































Friday 14 August 2015

untukmu anak


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

merindui anak anak khalifah
dua minggu berlalu tanpa mereka

ya tiap saat teringatkan mereka
setahun bersama
bukan mudah untuk dilupakan



rindu manja mereka
rindu rengekkan mereka



nak sambut
nak kiss
nak peluk kuat-kuat macam dulu
hanya Allah yang tahu

saat minggu terakhir bersama mereka
bertemu parents anak- anak ni

'ustazah lili dah tak ada lepas ni
sapa nak dukung zayd?'
kata si ummi..



tersentuh hati mendengarnya
wajah yang senyum siapa sangka
hati menangis :'(

ada ummi yang memeluk erat
dan membisik padaku:
tak ada lagi bertemu dengan ustazah
yang banyak sabar
macam ni..

Allah..
ujian untukku
apa lagi yang tinggal?



inilah perjalanan hidupku
melalui fasa-fasa sebelum aku
bertemu dengan Rabbku

macam mana garang sekalipun
hanya suatu lakonan
hakikatnya
Lili terlalu sayangkan mereka

bersama kesayanganku
ku tinggalkan pada mereka
senaskhah Al-Quran

moga terus terusan menjadi 
soleh dan solehah



'ustazah Lili berhenti sebab nak kahwin ye?'
soal anak

alahai anakku sayang
tiap-tiap hari jumaat mereka
akan solat hajat

pesanku pada tersayang
disujud terakhir jangan lupa
berdoa..

niat dalam hati 
nak jadi anak soleh
nak mudah faham ilmu Allah
rajin tolong kawan-kawan

tiba-tiba kamalia bersuara
'ustazah..nak doakan ustazah cepat kahwin
boleh?'

senyum je lah
bertuah si anak ni 

bersama mereka aku tak pernah 
terluka malah usikkan 
mereka membuatkan hati
bertambah tenang

Allah... :)
















ahlan ya 2015


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

segala puji bagimu ya Rabb masih 
mengizinkanku menulis secebis kata

Alhamdulillah membuka tirai 2015
walau sudah berada di pertengahan tahun
rindu menaip
rindu merepek
rindu berkongsi rasa
semuanya rindu!



apa khabar iman kita hari ni?
masih diatas landasan
masih berbolak balik??

itulah sifat hati
tak lari ke mana-mana pun
bijak untuk handle
Alhamdulillah

:)

biar se'solehah' manapun
kadangkala saat diuji
menitis juga air mata kan

bukan kerana lemah
tetapi
itulah airmata yang dihadiahkan
Allah untuk kita 
membina kekuatan

sedang Nabi juga mengalirkan
airmata saat Allah 
menguji baginda dengan mengambil
kekasih hati
'saidatina Khadijah'

(^_^)

mensyukuri tiap saat yang berlalu
dalam tahun 2014
Allah masih mengizinkan 
hamba yang berdosa ni untuk
tinggal dimuka bumiNya

ya..lili tak kuat!
namun keranaMu aku harus kuat

bila mana pintu pintuMu 
terbuka dan tertutup
aku yakin ada satu pintu yang sentiasa
terbuka untukku iaitu
'pintu taubat'

ampuni aku ya Rabb
saat hambaMu ini leka ku mohon
tegurlah aku
bersihkan hatiku

:'(