2:216

Thursday 16 February 2012

result saya~~

bismillahirrahmanirrahim

penantian untuk semester ni
sudah berakhir..

Alhamdulillah ..




walaupun masih belum mencapai tahap dean list

tapi saya tetap bersyukur..

ini adalah hasil usaha saya..

bak kata sahabat saya...

sikit sikit lama lama jadi gunung..

hehe..



tapi jadual kuliah saya tiba tiba 
berubah..

kenapa ye ?

madah pun bertambah ni

huhuu.. :(

ape pun lili mesti kuat!

bukan semua orang dapat nikmat macam ni..

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..

insyaAllah 

i'll try my best !!

madah untuk silibus semester 3 bertambah lagi..

1.akhlak dan tasawwuf

2.fiqh muamalat dan jinayat

3.pemikiran kretif dan penyelesaian masalah

Allahuakbar..

ya Allah bantulah hambaMu ini..

jadual pun nampak semakin full..

tak dapat la saya nak balik kampung :(

sabar ye lili..

huu..

semangat untuk diri terus berjihad..

nak berjaya kena usaha..

kejayaan tak datang bergolek :)

insyaAllah ahad ni kembali ke usim..

isnin mula kuliah..



sepatutnya hari rabu dah balik sane tapi....

saya kan nakal

hehee..

jadi rabu depan la pulak jumpa doktor..

wait for me!

doakan kejayaan bersama tau..:)

selamat belajar

lillahi ta'ala

Allahu yubarik lakum




^.^














malu itu indah sangat (^_^)

bismillahirrahmanirrahim..

 pada malu itu ada iman :)




setiap wanita Allah kurniakan sifat malu
kerana malu, si wanita tahu menjaga kehormatannya
kerana malu, si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya
kerana malu juga, si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu..




kini.........
si wanita itu sudah hilang malunya
kerana hilang malu itu terdedahlah auratnya 
lantas kehormatan diri tergadai
kerana hilangnya malu itu si wanita gagal menilai
apa itu HARAM apa itu HALAL




aduhai...
setiap lelaki juga dikurniakan oleh Allah sifat malu.
kerana malu, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar
sama sama menjaga maruah diri dan menjaga aurat.
kerana malu, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita
tentang batas batas sosial pergaulan ..
HALAL dan HARAM tu kena ingat!
kerana malu itu juga si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya
jangan mengajak si wanita berbuat DOSA




selalulah mengingatkan dengan kata kata
TAKUTLAH AKAN ALLAH!

kini...
si lelaki sudah hilang malunya
kerana hilang malu itu si lelaki mengajak si wanita
berbuat munkar
kerana hilangnya malu itu si lelaki lupa 
tentang hukum Allah
kerana telah hilangnya malu itu si lelaki
mungkin hilang taraf KHALIFAH..



sabda Rasulullah saw: 
sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.

wahai si wanita dan lelaki!

janganlah kamu menzalimi diri dengan meletakkan
malu bukan pada tempatnya..



malulah kita dengan Allah swt kerana ingkar akan suruhannya

malulah kita dengan Rasulullah saw kerana meninggalkan sunnahnya

malulah kita kerana malas dan lupa membaca al-Quran

malulah kita kerana tidak menghormati pendidik

malulah kita kerana melawan kata ibubapa

malulah kita atas dosa dosa yang kita lakukan....



Allahummaghfir lana zunubana.. ^^,

Monday 13 February 2012

semester baru ^^,

bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah selesai mendaftar kos
untuk semester baru..

semester 4 tahun 2
huu..pejam celik dah tahun 2 
lili ye..
semester baru azam baru tau lili !

hehe..
semester lepas jadikan pengajaran.
umur pun dah 21.
pesan pada diri.

tajdid niat tu penting.
'ala kulli hal lillahi ta'ala :)

madah semester 4 untuk lili :)
alhamdulillah jam kredit untuk semester ni 12..
bunyi macam tak banyak tapi Allahualam..
insyaAllah lili boleh!
doakan saya ye..^^.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
SENARAI KURSUS
Semester I Sesi Akademik 2011/2012
FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH
SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN

Tarikh dan Masa Cetak:   14/02/2012     10:21AM
Top of Form
No Matrik
:
1101044
No Sem
:
4
Nama
:
NURUL LILI SAHANAS BINTI KHALID
No KP
:
910702086412
Program
:
SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN 
Fakulti
:
FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH

Kod
Keterangan
Kredit
Kumpulan




QAA2033
TAFSIR AYAT-AYAT HUKUM
3
KQA
QAA2073
ILMU RIJAL AL-HADITH
3
KQA
QAA2173
HIFZ AL-QURAN
3
KQA1
QAA3013
ILMU TAKHRIJ
3
KQA




syukur sangat sangat ..
alhamdulillah berbanding semester lepas
jumlah jam kredit hampir 20..
Allah maha Adil..
:)

yang ini pulak jadual kuliah saya..
nampak banyak ruang kosong kan??
hehe..
hakikatnya tidak sama sekali..
jadual tutorial belum dapat lagi..
penantian satu nikmat..
^.^

Matrik
: 1101044
Nama
: NURUL LILI SAHANAS BINTI KHALID


No.
Kursus
Kump
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
1.  
QAA2033 
KQA 
2:00 - 4:00PM 
2.  
QAA2073 
KQA 
10:00 - 12:00PM 
3.  
QAA2173 
KQA1 
4.  
QAA3013 
KQA 
10:00 - 12:00PM 



ini la dia jadual saya.
harap harap jumaat tak ada kelas.
hehe..
kenapa ye tak nak kelas jumaat?
sebab nak balik kampung..

bukan tu saja malah bersyukur sangat sangat
waktu pagi takde kuliah..
masa untukku bersamaMu 
tidak terganggu kerana disitu
ada sumber rezeki ku..
alhamdulillah :)



tapi kalau ada kelas pun tak kesah
ilmu lagi penting kan??


pesan pada diri....
manfaatkan masa yang ada ni untuk 
mengambil ilmu ilmu yang ada
daripada lecturer..

teringat kata kata ustaz hafiz..
masyarakat diluar sana dahagakan ilmu ilmu antum
jadi ambil kesempatan ni untuk menimba 
ilmu ilmu yang ada..



ustaz azman kata:
"antum ni ibarat mutiara"
ana dekat u ni hanya mampu menggilap antum..
supaya nanti antum keluar berhadapan 
dengan masyarakat dalam keadaan bersinar sinar.

dan yang paling penting saya kena faham 
betul betul..
insyaAllah :)

jaga hati pendidik kalau nak 
ilmu yang berkat.
assignmen kena buat betul betul.

huhu..

ya Allah 
berkatilah kehidupan pendidik pendidikku
didunia dan akhrat..
sesungguhnya pinjamanMu amat bermakna
buatku..

selesai mendaftar kos..
semua dah maklumat sudah dicetak
RESULT semester 3??
huu..

bila difikirkan seram jugak ni..
teringat masa dikampung berbual bersama
pakcikku yang juga lecturer di um.
dia tanya macam mane exam
hari tu?
huu..

jawabku Alhamdulillah 
ade yang ok ade juga yang........
hehee..
pakcik bagitau yang dia dah 
failkan 3orang student dia..
huuhu
pakcikku pesan~
angah kena rajin menghafal
assignmen kena hantar on time..
jawabku ~
insyaAllah :)




ya Allah..
walau apapun keputusan yang akan 
hambaMu terima nanti..
berilahku ketabahan..
sesungguhnya redhaMu yang ku harapkan..

sahabat sahabat sayang
sama sama berdoa moga kejayaan milik kita
disamping mendapat redhaNya
amin..

buat sahabat saya yang berada ditahun 
akhir tu..
bersungguh sungguh menuntut ilmu..
masyarakat diluar sana 
menanti awak untuk menyebarkan 
ilmu ilmu yang bermanfaat..
insyaAllah :)




moga Allah memberi kekuatan dan 
ketabahan buat hambaNya ini..
Allahumma faqqihna fiddin..




walau kita jauh tapi hati kita dekat ^.^

bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma faqqihna fiddin


Dear Me!

penuhkanlah hati ini dengan cinta yang
kekal ABADI dariNya sebelum kita
mencintai makhlukNya.
mintalah padaNya seandainya kita
bersungguh sungguh inginkan
seseorang itu kerana pemilik hatinya
Allah Yang Satu :)
seandainya dia baik untuk AGAMA,
kehidupan dan pengakhiran hidup kita
bersabarlah..Allah pasti satukan

Allah s.w.t berfirman:
"pasti akan mendapat cintaKu
orang yang saling mencintai kerana
Aku, yang saling mengunjungi kerana
Aku dan saling memberi kerana Aku.
~hadis qudsi~

itulah cinta utama.
cinta Allah
cinta pencipta!
Allahuakbar



kenapa ya entry saya penuh
dengan cinta itu dan cinta ini?
jawapan saya mudah.
itu fitrah.

baru baru ni saya berchating dengan
sahabat sahabat lama.
sahabat ketika berada dizaman sekolah
rendah.
semakin matang mereka.
banyak perubahan.
insyaAllah negatif---> positif
lama sungguh tak berjumpa dengan mereka
masing masing sibuk .

bila mengenangkan kisah kisah
silam kami.
astaghfirullah jahilnya saya.
ada juga kenangan kami yang
membuat kami tertawa dan
ada juga terselit dukanya.
rindunya saya pada mereka :(
tipulah kalau saya kata
saya tak sayang awak sahabat~
kerana hati ini Allah je yang tau.




ketika menjejakkan kaki ke sekolah
menengah kami tidak seakrab dulu.
hanya pada cuti sekolah kami berjumpa.
gelaran mereka untuk saya "ustazah lili"
sangat sangatlah tak layak untukku.
kadang kadang tertawa melihat gelagat mereka
terutama si zati ni..sahabat dari tadika..
kata-katanya yang masih terngiang ditelingaku
"kalau keluar dengan ustazah ni kena tutup aurat"
senyum sendirianku..:)

maafkan saya sahabat kerana kurangnya
layanan saya untuk antunna.
sedih hati saya :(
nanti ada kelapangan saya nak jumpa
awak semua.




especially bestfren sekolah dulu
ayu.tim.saila.zati & is..
mereka sahabat yang terbaik.
rasa rasanya antara kita ni
lili yang paling nakal.
hee..

chat dengan saila hari tu
banyak sangat yang kami bualkan
ayat yang berulang dari saila ni
"li.....ko banyak berubah"
jawabku: biasa je..bertambah nakal ye kot
hee~
saila pun banyak berubah.
bertambah tambah cantiknya.
subhanallah.



bila melihat mereka
kelu lidah tanpa kata.
sedih atau gembira hati ini?
sukar untuk ditafsirkan.
salahkah diri ini kerana membiarkan
mereka terus begitu tanpa teguran
dari seorang sahabat.

kesibukan diri ini sehingga mengabaikan
mereka?
ya Allah bantulah hambaMu ini.
saya nak jadi sahabat yang baik
untuk awak semua.
mungkin suatu ketika dahulu saya
sangat sangat jahil tapi insyaAllah sekarang
saya akan cuba jadi yang terbaik.




doakan saya sahabat.
moga saya mampu untuk beriringan dengan
awak semua ke syurga kelak.

ya Allah
sentuhlah hati sahabat sahabat saya tanda kelembutan
dengan kasih sayangMu..
saya cintakan mereka!

untuk awak sahabat saya..
jaga diri baik baik
jaga iman.
andai rasa jauh denganNya
maka cepat cepat dekatkan.
halalkan dengan segera :)
Allah suka yang halal...^.^




moga ukhwah kita berpanjangan.
walau sukar bertemu didunia insyaAllah akhirat 
kelak kita pasti bertemu..

fi amanillah ya sayang ^^.