2:216

Sunday 19 October 2014

my little caliph :)



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah

Thank you Allah
for everything in lili's life




syukur padaMu sudah 3 bulan
lili berada bersama
anak-anak Dzul Iman smart Khalifah

give and take bersama mereka
pelbagai kerenah yang membuatkanku
ketawa dan sangat bahagia

muiz anak ustaz hasrizal


yang ni umar anak manja ustazah lili :)


Anak-anak disini dididik
dengan cara Sunnah Nabi dari
umur 4 tahun sehingga
7 tahun



peluang yang ada juga
lili ambil untuk belajar something
from them

mungkin waktu terlalu singkat
bersama mereka namun
InshaAllah sedikit ilmu itu bermanfaat
jika kita amalkan berbanding
ilmu yang banyak
hanya pergi begitu sahaja



now sudah hampir hujung tahun
sangat sibuk menguruskan 
konvo untuk anak-anak 6 tahun

Lili diminta untuk melatih
beberapa anak 6 tahun ni untuk
hafazan surah yasiin
under the recitation of
Syeikh Mishari Al-Afasi

MashaAllah sayang
risau sungguh saat ni just have
2 weeks :'(

walakin InshaAllah.....

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها



dalam kesibukan urusan dunia
mudah mudahan masa
dengan Allah perlu ada 

Allah musta'an kan?

keep calm and remember Him



sangat bahagia bersama mereka
 walaupun
kadangkala ustazah rasa
nak gigit je anak-anak ustazah nii
:)) 



setiap kali selepas mereka solat
salah satu doa yang
tidak pernah tinggal dibibir mereka

'ya Allah rahmatilah guru-guru kami
dan jadikan mereka pendidik 
yang sabar'

mashaAllah anak-anak
terharuuu ustazah :'(

anak artis nii 'amani'

sofea and haykal


hidup bersama anak-anak ni
sama ada ustazahnya
jadi kanak-kanak, sahabat mereka atau
ummi untuk mereka

cintailah kanak-kanak
Rasulullah sangat mencintai anak kecil
dan menyapa mereka 
apabila bertemu :)

InshaAllah will try to
practice untuk kehidupanku
yang akan datang

I want to be the Best
Ummi!
for my ulama'

:)

Allahuakbar!

wassalam












Saturday 4 October 2014

Langkahku aturanMu ^_^


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah
syukur padaMu wahai Rabbku
saat hati terlalu lemah
dengan ujian yang silih berganti
Engkau tetap ada untukku

saat dumu' mengalir kerana
Engkau mengambil hatiku semula



benar lili tak kuat
mungkin kerana sayang
mungkin kerana pergantunganku
pada manusia terlebih sedikit

janjiMu pasti untuk hamba
saat ini doaku telah Engkau angkat

Alhamdulillah..

'ya Allah andai dia terbaik untukku
demi dunia dan akhiratku
pertemukan aku dan dia
suatu hari nanti dalam redhaMu'



lili hanya perlukan cinta selepas nikah
prinsip cinta dari zaman sekolah sehingga
kini tidak pernah berubah

maaf pada yang singgah dihati
namun kekuatan untuk menerima
jauh lagi

Astaghfirullah..

bicara bonda
jika sebelum ni angah banyak
menolak
moga-moga kali ini angah terima
dengan hati terbuka



untuk kali pertamanya lili cerita
pada lovely sister
along agak terkejut dan diam
seketika

along tahu adiknya yang ni
tersangatlah 'pelik'
kehadiran demi kehadiran
yang mahu bertaaruf sebelum ini
tidak kuterima



bukan sombong cuma atas sebab-sebab
tertentu hatiku masih tertutup

kini..........

"seorang hamba pemberi dan penerima
minyak wangi"

mak...
maafkan angah buat mak sedih
dalam telefon kukatakan
mak jangan berharap sangat ye
:'( 

tiada kekuatan untuk memulakan
cerita dengan mak
pada along lili cuba cerita 
dari along
mak tahu semuanya

berkali-kali mak kata 
'mak sedih'!



ketika lili dirumah mak tanya 
1001 soalan
Allah......................
berikanku kekuatan untuk menghadapi

lili cuba pujuk mak
hati ibu memang sukar untuk difahami
wajah nampak senyum namun
hati tiada siapa yang tahu

mungkin tersangat kecewa
alahaiii mak....

sering kukatakan 
'mak doakan angah ada jodoh 
dengan dia suatu hari nanti ye..janganlah sedih'

mungkin dia ada pilihan
 yang lebih baik dari anak mak ni
mungkin juga dia mahu fokus
dengan kerjayanya
anak mak ni baru nak konvo kan? 
berbeza dengan dia..
haih malu :)



ALLAH nak tegur ni
kita perlu sedar dimana kita??

harapan demi harapan
kelu lidah tanpa kata untuk dibicarakan
mak minta 'awak' hadir konvo saya

ya Allah izinkan diriku untuk membahagiakan
 mak dan ayahku sebelum 
mataku tertutup
jasadku terdiam
rohku diambilMu

walauku tahu takdir itu telah ditentukan olehMu
namun kekuatan doa mampu mengubahnya

sirr 'ala barakatillah

:)


wassalam....