2:216

Saturday 10 May 2014

sentiasa diuji :)


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah untuk rasa cinta
yang masih bergerak dalam
HATI

Allah. Allah. Allah
andai punya kesempatan buat hamba 
dhoif ini
Aku ingin kisah hidupku 
dipenuhi dengan kisah cintaku 
bersamaMu

langkahku tersasar
Aku tewas dan tertipu dengan
dunia ini

dan Tuhan.
terima kasih kerana selalu
ada untukku 
biarpun seluruh dunia
meninggalkanku



lukisan hidupku hanya
Dia yang tahu
setiap titis airmataku
hanya Dia yang menjadi saksi

Allah ajarku sifat sabar
Lili, 
SABAR. SABAR. SABAR
fasobrun jameel

Na'am
Lili tengah sabar ni 
sehingga mengalir airmata
menahan hasutan 
syaitaan laknatullah (marah)

bila sedang marah
cepat cepat diam tau
Istighfar lili



jangan cakap apa-apa
jangan luahkan dalam tulisan
cukup hati yang rasa
sekurang kurangnya lili
tak sakitkan hati orang lain

bahasa lisan dan bahasa perkataan 
ianya sama sama menyakitkan

dan sesungguhnya
berlemah lembut itu lebih baik!

bila difikirkan
bagaimana penyakit hati ni
boleh singgah
dalam hati???????

mungkin keyakinan pada Allah 
makin berkurang
let's turn to Allah dear
Imlak Qolbi bil yakin sayang


my love said
"dont expect much from people
we will end up dissapointed
expect only from Allah
He knows what He is doing
He is the best listener
even you're say nothing"

lapangkan dadamu
Lili nak kuat kan?
minta pada Allah yang maha Kuat

sangat bersyukur menumpang
di bumiMu ini 
ya Allah
ramai yang sudi menegur
 :)

ustaz di pejabat selalu menegur
Lili ni pemalu orangnya
terdiam terus
mungkin bicaraku terlalu singkat
jika bersama ajnabi

namun bersama ustazah-ustazah
banyak pula bicaranya
mungkin bi'ah dari taman ilmu
sek raja perempuan Taayah
mendidikku sebegitu


kadi selalu memberi nasihat
soal aurat, nikah, zina
dan banyak lagi
Aku mampu tersenyum

InsyaAllah 
setiap nasihat itu akanku ingat
sehingga nafas terakhir

suatu hari kadi melihat aku
termenung menanti customer kononnya
hee :)
he said:
'' Lili tu termenung bukan apa
duduk memikirkan
'aku ni asyik isi borang orang je
bila pula nak isi borang
sendiri"
huhu 
satu pejabat ketawa

senyum je la
sokmo kena usik
tapi
itulah yang membuatkan
kita hilang stress
hiduplah dalam keadaan positif

sediakan diri untuk masa depan
kerana kita tidak akan
berpatah balik
tidak hidup di zaman islam gemilang
tidak dibawah pimpinan
sahabat terbilang
kita akan hidup di masa depan
yang lebih menggerunkan

maka bersedialah!
usah dilalaikan dengan hawa nafsu
jika perlu bertegas
teruskan
walaupun hakikat kelembutan
tidak pernah lari darimu


walaupun lili yang dulu
bukan yang sekarang namun
dikiri kananmu tetap setia 
menjagamu

wassalam 
(^_^)





kembara ilmu di bumi aceh



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah
syukur masih diberi peluang untuk mencoret 
something diruang ini
kesibukan dunia tidak pernah lari 
dari hidup maka sebagai seorang 
hamba uruslah baik baik

kali ni nak share sepanjang 
musafir cinta lili dibumi aceh yang terkenal
 dengan ujian hebat yang mereka terima dari Allah
ujian tanda cinta kan???
hanya hamba yang hebat layak menerimannya
ianya berlaku pada 26 disember 2004
masih ingat??

saat itu ramai yang dijemput Allah untuk 
kembali padanya
Allah sayang mereka
Allah tidak mahu mereka 
melakukan maksiat lagi
kita yang masih dipinjamkan kehidupan
bagaimana????
Allah juga sangatttt sayang
diberi peluang untuk bertaubat

setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya
bersangka baiklah bersama Rabb

musafir kami disana selama 5 hari 4 malam
kami diiringi 2 orang pensyarah
yang lebih menguntungkan kami 
salah seorang dari pensyarah kami adalah 
penduduk asal aceh iaitu 
Dr Abdul Kader

hari pertama kami disana 
kami dibawa terus ke masjid baiturrahman
ramai yang mengatakan rugi jika tidak ziarah masjid 
ini jika tiba di Aceh






subhanallah!
benar sangat cantik dan terpegun melihat
keindahan rumah Allah ini
masjid ini bukan sahaja digunakan untuk solat
malah dijadikan sebagai madrasah

selain itu juga ramai yang datang ziarah masjid ini
ia seperti sebuah tempat perlancongan




hebatnya kuasa Allah
masjid ini tidak ditenggelami air ketika
sunami datang melanda




hari kedua kami disana 
kami dibawa melawat ke UIN
iaitu universiti islam negeri
mahasiswa disana sangat peramah melayan 
kami dengan baik
malah mereka juga sangat fasih berbahasa arab



hari seterusnya kami dibawa
melawat ke muzium sunami yang penuh 
dengan tinggalan sejarah



di ruang ini kami dapat melihat rakaman 
bagaimana keadaan sunami berlaku
ketika kejadian


nama-nama mangsa sunami di 
letakkan di suatu ruang



jadi camerawoman je
:)


sangat cantik museum ni
till make us falling in love
subhanallah!


nak tau ni apa???
ni kapal yang terdampar saat banjir
sunami berlaku





diatas kapal sunami
pozing ye??
ha layan kan je korang ni :)


seterusnya pergi melawat ke tempat
sampan yang turut mendarat
diatas sebuah rumah
ceritanya sangat menarik
seekor buaya menolak sampan ini


next.................

kita ke pesantren :)





sepanjang berada disana 
banyak yang kami telah pelajari

sehinggalah ke suatu tempat
yang membuatkan hati kami terusik
dan sangat kagum
iaitu pondok moden gontor





inilah satu satunya kenangan yang tidak
dapat kami lupakan
semester akhir bersama
mengukir kenangan dibumi Allah
yang sangat indah





maaf ye ustaz ustaz soleh
antum kena jadi cameraman
so takde dalam gambar
^_^

moga ukhwah yang terjalin persis untaian
tasbih
ada permulaan namun tiada penghujungnya
lili sayang semua kerana Allah

mudah mudahan kita sama-sama
memperoleh syurgaNya

<3
wassalam