2:216

Saturday 30 July 2011

ramadhan al-mubarak.. (^^,)

مرحبا يا رمضان !!

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang  perlu dikawal






Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut


*Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
*Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
*Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat





Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".





Jangan sekadar berpuasa tapi SEMPURNAKANLAH….



Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'

2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain

3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan

4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat
 dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya

5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.









Thursday 28 July 2011

perlunya kita menangis....limaza??

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.



Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

 Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
 Menangis kerana rasa takut
 Menangis kerana cinta
 Menangis kerana gembira
 Menangis kerana menghadapi penderitaan
 Menangis kerana terlalu sedih
 Menangis kerana terasa hina dan lemah
 Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
 Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
 Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.



Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
 Apabila dahinya berpeluh.
Air matanya berlinang.
Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Semoga kita dapat menjadikan cinta terhadap Ilahi mengatasi segala cinta kita terhadap mahluk-mahluk Allah yang lain..
InsyaAllah…

Wednesday 27 July 2011

memberi amat membahagiakan =)


Alhamdulillah akhirnya siap juga create blog nie.walaupun tak cantik tapi buat permulaan ni biarla simple je..hehe
Niat hati dah lame nk create tapi mase tak mengizinkan. Syukur cuti sem nie dapat jugak menyiapkan

Hobi mase lapang saya suke membace blog kawan-kawan.memamg menarik !
Terlalu banyak ilmu yang saya perolehi..alhamdulillah
Satu malam saya terfikir, saya  hanya menerima ilmu-ilmu dari mereka. Bila pula giliran saya untuk MEMBERI ??..maka saya pun mula membuka ruang untuk saya berkongsi didalam  CERITA HATIKU nie..

“sharing is caring”

‘sampaikan walaupun satu ayat”

Saya bukanlah seorang yang hebat, saya juga hamba Allah yang teramat kerdil. Sekadar mahu berkongsi bersama kawan-kawan.

“memberi akan lebih membahagiakan dari menerima dengan syarat kita mestilah memberi dengan penuh kasih sayang..

Ukhwah itu indah jika semuanya kerana Allah…


Saya berharap mudah-mudahan percubaan mengungkapkan bicara hamba dhoif ini mendapat keberkatan dariNya…(^_^)
InsyaAllah…