2:216

Saturday 26 November 2011

hari pertunangan along~


Assalamualaikum..

Alhamdulillah wa syukur lillah dgn izinnya telah berlangsung majlis pertunangan kakak kesayanganku..walaupun aku dalam kesibukkan dihujung-hujung semester ni ade lagi midterm dengan assignment yg perlu submit next week . 

                         along,mak,bakal mak mentua,abg akmal


walaubagaimanapun disebabkan kakakku hanya seorang saja maka ku korbankan sedikit waktu untuk membantu mak membuat persiapan menyambut doifah dari kedah.lebih kurang pukul 2lebih rombongan pun tiba dengan selamatnya. Hantaaran dari pihak perempuan sebanyak 9 dan dibalas sebanyak 7.                                     

Setelah selesai berbincang selama beberapa minit. Bakal ibu mentua along pun menyarung cincin diatas mini pelamin. Grand juga majlis pertunangan kakakku ni. Time aku nanti rasenya tak perlu semua ni.hehe..

                            bersama bakal mak mentua

Nak cerita sikit.. along berkenalan dengan pilihan hati dia ni semasa sama-sama menuntut di KUIS lagi. Mak pernah juga Tanya, angah ni x ade yang berkenan ke?? Huhh seram juga soalan ni. 
Aku diam seribu bahasa. Tak tau nak jawab ape..hee..lepas tu mak kata: bukan apa, along dulu waktu dekat kuis lagi dah ade. Dekat usim tak ade yang berkenan ke?? 

Lepas tu aku cakap: angah tak nak bercinta sebelum kahwin. Biarlah angah kenal seseorang itu sekadar mengetahui background dia. Dan yang paling penting dia mengenali Allah! Yang lain-lain tu selepas halal. Wajah bakal zaujku tu juga biarlah mak ayah lihat dulu sebelumku..

pentingnya menjaga batas-batas ni. Pernah sebelum ni aku mendengar seorang penceramah berkata untuk membina sebuah masjid yang kukuh, kita hendaklah menggunakan batu-bata yang berkualiti. Begitu juga dengan sebuah rumahtangga yang ingin dibina perlulah menjaga setiap batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Seandainya sebelum berkahwin sudah melanggar batas-batas syarak maka sukar juga untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga itu.
Cukuplah hanya bertaaruf ketika dalam pertunangan yang lain-lainnya simpan lepas bernikah ye..aku harap moga pertunangan antara along dan abg akmal berkekalan hingga dihalalkan oleh syarak suatu masa nanti. 

                                       cake~


                                buah-buahan..

                                         biscuit..


                                   baju muslimah...

                                       telekung...

                                  chocolate...






Ilalliqo’~




(^_^)

Saturday 12 November 2011

mereka kesayangan saye (^_^)

Salam kasih dan sayang untuk semua..moga sentiasa dibawah lindungan rahmatNya..
Diawal pnulisan blog ni saye terlupa untuk taaruf about my usrati kesayangan saye. Ramai jugak sahabat2 yang nk berkenalan dgn usrah saye..
Jadi, kelapangan masa yang ade ni..
saye memenuhi prmintaan antunna..

my beloved mak & ayah



nama  ayah:  Khalid b ariffin

t.lahir: 12 februari 1962

pekerjaan: TM/pendidik anak2



nama mak : zaharah bt ramli

t.lahir: 18 mac 1968

pekerjaan: surirumah/pendidik anak2





kakakku yg cantik


nama kakak: nurul shahera bt Khalid

t.lahir:27 november 1987

pekerjaan: staffnurse (bakal brtunang)




adik no3 mak & ayah


nama adik: nurul naili anati bt Khalid

t.lahir: 4 jun 1993

pekerjaan: belum lg( masih menunggu pnggilan)




adik no4 hensem


nama adik:Muhammad nubhan b Khalid

t.lahir:23 november 1999

~baru habis UPSR~





adik bongsu yg bijak


Nama adik: Muhammad nabil b Khalid

t.lahir: 27 november 2003( same kkak)

~darjah 2~


mereka sentiasa dekat diHati...

(^__^)





Thursday 10 November 2011

teRiMa kAsiH ya Rabb (^____^)

بسم الله الرحمن الرحيم
Terima kasih wahai tuhanku

Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan




Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja – memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang




Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja – memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi



Tapi aku khwatir ketika menhadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rohmat dari-MU yang kudapat

Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu

Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku


Wednesday 9 November 2011

wasiat-wasiat as-syahid imam hassan albanna~

Sebelum ni  pnulisan sy brkaitan wanita,, kali ini sy ingin berkongsi mngenai antara wasiat2 as-syahid imam hassan al-banna..mungkin ramai yang sudah mngetahui tentang wasiat2 yang ditinggalkan as-syahid..disini sekadar refresh balik…mungkin ada yang lupa..same-same kita ingat semula..



1. Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan
sekalipun.




2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.




3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam.


4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.




5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.





7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia
malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi
kebajikan.



9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.



10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya



akhirul kalam…marilah kita sama-sama mempraktikkan semua wasiat yang ditinggalkan assyahid imam hasan al-banna..disamping itu moga ia akan menjadi bekalan kita di akhrat kelak..wallahu’alam..(^___^)

Tuesday 1 November 2011

ciri-ciri wanita solehah~~

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31



          



2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

               

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

                         

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

                  

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

                            

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”. -Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

         (^_____^)