Monday, 18 January 2016

No More tears Lily :)


bismillahirrahmanirrahim...

entry ketiga 2016

pagi yang hening
seusai solat jauhku renung tikar sejadah
apa hakikat hidupku ini

terlalu dalam memikirkan soal diri
kenapa lily tak sekuat dulu??

pesanku pada diri

"No more tearssss"

bilal dah besar..


whatsapp lily renung dalam-dalam..
"kak lili sabar tau..ramai tengah doakan akak"

alahai adik kesayangan :)
seorang sahabat master yang sentiasa
memberi semangat kepadaku..
membantu saat dalam kesusahan



bukan semua orang mampu bersama 
kita saat susah
bukan semua orang mampu memberi
semangat 
hadiah Allah ini terlalu istimewa



kadangkala ada sahabat
yang semakin jauh dengan kita
ini juga adalah ujian dari 
Allah

"No more tearsss lily"




menanti hikmah disebalik ujian ini
seumur hidup Lily
ini adalah kali pertama Allah uji
seberat ini

hakikatnya sentiasa  bersyukur kerana
masih mampu berjalan
masih diberi kekuatan menolong mak
masih mampu menaiki motor
hee.. :)

mak selalu cakap..
angah kurus sekarang ni
kenapa ye??

selera makan pun hilang sekarang ni
pemberi semangat dah tiada..



benar,
lily sedar mak ayah banyak membantu
dalam masa  ini



nak makan apa..
semua ayah layan je
hari ni mak masak nasi ayam dan laksa

moga suatu hari nanti lily dapat berbakti
kepada mak ayah

bertabah ye lily :)



"No more tearsss"

Alhamdulillah semua cabaran yang
lily hadapi bersama sahabat dan seorang
kakak sweet selesai :)

berkat doa dan izin Allah
sahabat meminta maaf kepadaku
mungkin sedikit salah faham

Allah membuka hatinya semula
bersama kakak sweet
juga Alhamdulillah chat macam biasa
benarlah bersama Allah tidak akan 
pernah rasa kecewa :)


selalu mendapat kiriman whatsapp
dari sahabat solehah
yang selalu berkongsi rasa bersama

sama-sama dalam bidang sarjana
sama-sama jadi panda
sama-sama nangis assigment tak siap
cuma kami berbeza universiti 

that's my  "ayu" :)



love you hingga ke syurga

setahun tidak bertemu
mudah mudahan diizinkan bertemu 
di syurga :)

seorang pakar motivasi berkata
dalam keadaan bersedih jangan 
duduk seorang diri
carilah kawan tempat untuk meluahkan rasa
bukan kita tak mengadu pada Allah
namun
sahabatlah hadiah dari Allah

terima kasih Allah.. :)



mungkin ada yang jauhkan diri darimu 
sekarang namun percayalah
semua itu takdir Allah

berdoalah sebanyak mungkin
dia jodoh yang Allah simpan sekarang
demi menjaga kemaslahatan
lily dan dia

senyumlah
bukan semua orang suka kita
tetapi Allah tetap sayang kita :) 

lily still waiting for you 

wassalam...

























Saturday, 16 January 2016

anak anakku sudah besar


Assalamualaikum.......

tajuk entry kedua 2016
hehe
Lili dah ada anak?

wahhh

anak anak tadika kesayanganku

inshaAllah in future anak sendiri ye
doakan ye kawan kawan



jodoh belum sampai
Allah sembunyikan lagi

sabar ye
sikit je lagi :)
ramai yang tanya dengan siapa??
 jawapan nye..

ada rezeki dunia inshaAllah
jika rezeki akhrat
maka sama sama kita tunggu

rinduuuuunya dekat anak anak syurga
makin hari semakin membesar

rindunya ustazah celup ni nak jumpa
hehe

si kecil molek amani dah 6 tahun
ecah yang banyak cerita tu 
pun dah 6 tahun


syok dia pakai spec sazah..


bila la dapat jumpa kan
rindu nak pelukkkk
rindu nak cium anak anak manja ni

setahun lebih bersama pasti terasa sangat
main gaduh gaduh
buliiiiiiiii
hehe



rinduuunya
moga dalam jagaan Allah 
wahai anak anak kesayanganku

kenakalanmu membuat ustazah rinduu 
sangat..

rindu nak bancuhkan susu untuk kamil
dengan haikal
haikal!!!!!!!!!!!!!!!!!!
kamu dah 6 tahun..
jangan minum susu lagi ye 
hihii






alahai kesayangan ni
macam macam kerenah mereka

kenangan yang tak akan pernahku
lupakan bersama mereka

Allah mendidikku erti sabar ketika 
bersama mereka

bukan mudah menjaga anak anak 
kecil
disini bermula tarbiyyah aulad



bagaimana terbentuknya generasi
akan datang akan dapat
kita lihat dari terdidiknya mereka
pada usia ini

Alhamdulillah anak anak disini
dididik mencintai Allah
dan rasul

sebelum tidur pasti ada yang meminta
untuk menceritakan kisah 
Nabi



semakin cerdik anak anakku :)
haihh gambar lama 
je yang ada..

wassalam :)













Thursday, 14 January 2016

give up??


assalamualaikum...

pembuka tirai 2016
Alhamdulillah masih dipinjamkan umur
walau sedikit ujian kuterima
namun 1000 nikmat ku syukuri

langkah demi langkah semakin 
banyak yang tersembunyi

padat dengan ujian tetapi hikmah
mendatang satu persatu
Alhamdulillah...:)

penutup tahun masihi2015
Allah uji dengan pelbagai cabaran
ya!
lili sahut dengan penuh airmata

pesan mereka...
SABAR lili...SABAR..
Allah sayangkan 
aku kembali senyum kerana aku 
yakin doa mereka sentiasa
ada untukku

21 Disember 2015
aku admitted ward selama 3 hari
2malam..
sedih? gembira?
hanya Allah yang tahu


pesanku pada mak ayah jangan beritahu
khabarku pada saudara mara
cukup family terdekat dan sahabatku
yang tahu

melihat pesakit yang lain ramai dhuyuf
aku senyum dan mereka 
pelik melihat keadaanku....
hanya mak dan ayah sahaja yang 
menziarahiku.. :)

aku hanya mengharapkan seseorang
yang datang namun....ia hanyalah
sekadar sebuah mimpi

think positive lili
dia juga dalam ujian Allah saat itu
call?? pun hanya sahabat taayah
yang memberi semangat

mungkin sedikit terkilan
cukuplah sekadar whatsapp baginya


perubahan demi perubahan aku lihat
mungkin letih melayan 
kerenahku tapi Allah tak pernah penat
kerana dia juga hanya 
manusia biasa yang banyak kekurangan
seperti aku..

seminggu sebelum peperiksaan akhir
semesta satu 
aku masih dalam keadaan yang belum pulih
along kata tangguhkan exam..
namun
bila aku tanya pendapat seorang sahabat
dia meminta aku mengambil exam

disebabkan separuh semangat aku
ada bersama dia dan
jawapan istikharah ketenanganku
Alhamdulillah aku teruskan
mengambil exam..


mak ayah memberi semangat dengan 
keputusan untuk aku mengambil exam...

Alhamdulillah natijahnya aku lulus untuk
menulis pada semesta dua :)

TERIMA KASIH USTAZ!

walau hakikatnya sekarang awak dah 
tak sudi untuk melayan 
kerenah saya..
tak apa saya faham

siapa yang sudi berkawan dengan orang sakit kan?

tak apa saya faham awak berhak
untuk bahagia

awak berhak untuk memilih sahabat 
yang lebih solehah


awak pernah buat saya  bahagia
dan sekarang saya sentiasa mendoakan
awak bahagia

JAZAKUMULLAHU KHAYRAN KASEER..
:)

hari berlalu dengan pantas 
semakin hari Alhamdulillah semakin sihat
berkat doa mak ayah
sahabat sahabat um, usim, taayah

Alhamdulillah..
hidup jangan give up!

cuma kadangkala mengalir air mata 
namun itulah kekuatan
bukan semua orang akan faham kita

tapi........
walau bicara tanpa suara
hanya DIA...........
hanya Allah faham kita 


berdoalah tanpa henti
Allah maha Mendengar rintihanmu

untungnya sakit ini 
kita akan sentiasa ingat mati
kurang kelalaian pada pinjaman dunia ini

untungnya sihat..
kita dapat beribadah dengan sempurna
dapat membantu mak ayah
dapat menuntut ilmu..

maka setiap apa yang Allah
hadiahkan..terimalah


mungkin dalam keadaan macam ni
masih ada trauma sedikit
dengan kesesakan di um

itulah lili dulu di usim duduk dalam
zon yang yang sangat selesa
kini...
kena bertaruh nyawa

inshaAllah akan cuba membina
semangat
hidup kan??

sebelum terlupa buat soleh yang pernah 
meminjamkan duit untuk
saya beli laptop dan buku

inshaAllah saya akan ganti semula
walau apa cara sekalipun

bukan apa rasa macam tak selesa
nak menghadap Allah
dalam keadaan berhutang...

terima kasih pinjaman ye

dalam doa saya tak pernah tinggal nama
awak..inshaAllah :)

Terima kasih Allah atas pinjaman dunia
mudah mudahan kekal hingga 
ke syurga :)


tak akan pernah ada kesilapannya
dia sangat menenangkan

sekali lagi..
terima kasih Allah ^^.