2:216

Sunday 19 October 2014

my little caliph :)



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah

Thank you Allah
for everything in lili's life




syukur padaMu sudah 3 bulan
lili berada bersama
anak-anak Dzul Iman smart Khalifah

give and take bersama mereka
pelbagai kerenah yang membuatkanku
ketawa dan sangat bahagia

muiz anak ustaz hasrizal


yang ni umar anak manja ustazah lili :)


Anak-anak disini dididik
dengan cara Sunnah Nabi dari
umur 4 tahun sehingga
7 tahun



peluang yang ada juga
lili ambil untuk belajar something
from them

mungkin waktu terlalu singkat
bersama mereka namun
InshaAllah sedikit ilmu itu bermanfaat
jika kita amalkan berbanding
ilmu yang banyak
hanya pergi begitu sahaja



now sudah hampir hujung tahun
sangat sibuk menguruskan 
konvo untuk anak-anak 6 tahun

Lili diminta untuk melatih
beberapa anak 6 tahun ni untuk
hafazan surah yasiin
under the recitation of
Syeikh Mishari Al-Afasi

MashaAllah sayang
risau sungguh saat ni just have
2 weeks :'(

walakin InshaAllah.....

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها



dalam kesibukan urusan dunia
mudah mudahan masa
dengan Allah perlu ada 

Allah musta'an kan?

keep calm and remember Him



sangat bahagia bersama mereka
 walaupun
kadangkala ustazah rasa
nak gigit je anak-anak ustazah nii
:)) 



setiap kali selepas mereka solat
salah satu doa yang
tidak pernah tinggal dibibir mereka

'ya Allah rahmatilah guru-guru kami
dan jadikan mereka pendidik 
yang sabar'

mashaAllah anak-anak
terharuuu ustazah :'(

anak artis nii 'amani'

sofea and haykal


hidup bersama anak-anak ni
sama ada ustazahnya
jadi kanak-kanak, sahabat mereka atau
ummi untuk mereka

cintailah kanak-kanak
Rasulullah sangat mencintai anak kecil
dan menyapa mereka 
apabila bertemu :)

InshaAllah will try to
practice untuk kehidupanku
yang akan datang

I want to be the Best
Ummi!
for my ulama'

:)

Allahuakbar!

wassalam












Saturday 4 October 2014

Langkahku aturanMu ^_^


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah
syukur padaMu wahai Rabbku
saat hati terlalu lemah
dengan ujian yang silih berganti
Engkau tetap ada untukku

saat dumu' mengalir kerana
Engkau mengambil hatiku semula



benar lili tak kuat
mungkin kerana sayang
mungkin kerana pergantunganku
pada manusia terlebih sedikit

janjiMu pasti untuk hamba
saat ini doaku telah Engkau angkat

Alhamdulillah..

'ya Allah andai dia terbaik untukku
demi dunia dan akhiratku
pertemukan aku dan dia
suatu hari nanti dalam redhaMu'



lili hanya perlukan cinta selepas nikah
prinsip cinta dari zaman sekolah sehingga
kini tidak pernah berubah

maaf pada yang singgah dihati
namun kekuatan untuk menerima
jauh lagi

Astaghfirullah..

bicara bonda
jika sebelum ni angah banyak
menolak
moga-moga kali ini angah terima
dengan hati terbuka



untuk kali pertamanya lili cerita
pada lovely sister
along agak terkejut dan diam
seketika

along tahu adiknya yang ni
tersangatlah 'pelik'
kehadiran demi kehadiran
yang mahu bertaaruf sebelum ini
tidak kuterima



bukan sombong cuma atas sebab-sebab
tertentu hatiku masih tertutup

kini..........

"seorang hamba pemberi dan penerima
minyak wangi"

mak...
maafkan angah buat mak sedih
dalam telefon kukatakan
mak jangan berharap sangat ye
:'( 

tiada kekuatan untuk memulakan
cerita dengan mak
pada along lili cuba cerita 
dari along
mak tahu semuanya

berkali-kali mak kata 
'mak sedih'!



ketika lili dirumah mak tanya 
1001 soalan
Allah......................
berikanku kekuatan untuk menghadapi

lili cuba pujuk mak
hati ibu memang sukar untuk difahami
wajah nampak senyum namun
hati tiada siapa yang tahu

mungkin tersangat kecewa
alahaiii mak....

sering kukatakan 
'mak doakan angah ada jodoh 
dengan dia suatu hari nanti ye..janganlah sedih'

mungkin dia ada pilihan
 yang lebih baik dari anak mak ni
mungkin juga dia mahu fokus
dengan kerjayanya
anak mak ni baru nak konvo kan? 
berbeza dengan dia..
haih malu :)



ALLAH nak tegur ni
kita perlu sedar dimana kita??

harapan demi harapan
kelu lidah tanpa kata untuk dibicarakan
mak minta 'awak' hadir konvo saya

ya Allah izinkan diriku untuk membahagiakan
 mak dan ayahku sebelum 
mataku tertutup
jasadku terdiam
rohku diambilMu

walauku tahu takdir itu telah ditentukan olehMu
namun kekuatan doa mampu mengubahnya

sirr 'ala barakatillah

:)


wassalam....











Monday 30 June 2014

lihyah??


بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaAllah
hari ni lili kongsikan sesuatu
khususon ila muslimin
tapi untuk muslimat juga amat penting
mengenai

"al-lihyah"
adakah sahabat sahabat tahu??
al-lihyah adalah
janggut



tertarik dengan sebuah artikel
mengenai janggut

'tahukah anda menyimpan janggut
ini adalah sunnah Rasulullah yang sangat
dituntut kepada kaum Adam?'

Rasulullah s.a.w bersabda: 
'tipiskanlah misai dan peliharalah janggut'

di dalam artikel yang lili baca 
ada menerangkan kelebihan-kelebihan 
menyimpan janggut

'lebih panjang dan tebal janggut 
seseorang itu maka dia akan lebih bijak'

'janggut lelaki mempunyai hormon 
untuk kesuburan wanita'

'menghangatkan kawasan muka
dan melindungi dagu dari bahaya'

'menghindarkan dari penyakit tekak
dan gusi'

'memelihara muka daripada terkena
bahan kimia yang merbahaya'

'melindungi kulit seterusnya mengurangkan
kedutan akibat penuaan'



dalam sohih Bukhari dan Muslim
juga menyatakan

Rasulullah s.a.w bersabda:
"janganlah kamu menyerupai kaum
musyrikin dan peliharalah janggut kamu"

hebat sungguh mereka
yang berjanggut untuk kaum Adam
bukan hawa

Rasulullah suka tengok lelaki berjanggut
pada zaman Rasulullah ada seorang lelaki 
yang mempunyai janggut 2 helai datang ke masjid

ketika lelaki itu mengambil wudhu' 
dia memandang Rasulullah dan baginda 
tersenyum kepada lelaki tersebut

lelaki itu hairan mungkin Rasulullah 
senyum keranadia hanya mempunyai 
2 helai janggut di dagu

keesokan harinya sahabat lelaki 
itu datang ke masjid setelah mencukur janggutnya
apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w,

 lelaki itu melemparkan senyuman
 tetapi Rasulullah tidak memandang langsung 
kepada lelaki tersebut
bertambah hairanlah beliau lalu diajukan 
pertanyaan kepada baginda

'wahai Rasulullah mengapa hari ini 
kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?'

lalu Baginda menjawab: 
'sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut 
untuk menadah air wudhu' jatuh
 dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur
 janggutmu tidak ada lagi malaikat 
yang menunggu di janggutmu wahai sahabat

subhanallah!
cemburunya lili melihat malaikat 
dekat dengan mereka :(



sweetnya lelaki yang menyimpan janggut

wahai kaum Adam simpanlah janggutmu
manfaat dunia ganjaran pahala di akhrat kelak

insyaAllah
sharing is caring.....
and caring is......................???
caring lianna uridu dahola jannah 
ma'ak

just follow this sunnah
:)


ramadhan kareem!

(^___^)














Saturday 28 June 2014

mabrukkk alaikum :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah wa syukur lillah
 dalam kesibukan di dalam dunia  praktikal
menerima banyak undangan

tahniah buat antuum
yang telah menyempurnakan 
sebahagian dari IMAN



:)

tumpang gembira juga

teman teman seperjuangan dari sekolah
rendah , sekolah menengah dan seterusnya
classmate TQA4 usim

mabruuk!!



yang ni semua teman sekolah rendah

with saila


with fatimah


lama sangatt tak jumpa
tupp tupp dah nak kawin
Allah planning kan?

senyum je tengok diaorang ni
diajak bergambar pulak
katanya nak ambil berkat dari ustazah..
aduii
kuat mengusik still macam dulu




yang seorang ni dah ada baby
masa berlalu semakin pantas tanpa 
disedari usia semakin
meningkat 



Alhamdulillah :)

selagi masih diberi peluang
ambillah kesempatan untuk berubah
hidayah milik Allah

yang ni teman sekolah menengah


ni batch taayah 44
hehe....
sekolah kesayangan lili tau



maaf tidak dapat hadir walimahnya
atas sebab sebab ynag tidak
dapat dielakkan

lili doakan antum semua sentiasa 
Allah redhai
Allah berkati........


Nexttt.....


Alhamdulillah..
yang ni satu satunya wakil classmate 
lili yang baru membina
masjid

insyaAllah
ba'da eidulfitri dua orang lagi
bakal mendirikan masjid

mabruukk!!
 biiznillah lili sampai la kelantan
meraikan walimah 
antuum...



upss....
senget pulak saje je tak nak edit
wahai afifah sayang........
lili & pasangan coming soon
now sahabat temannya ;)


dua jemputan dari teman satu kuliah
fakulti

insyaAllah lili doakan
teman teman
moga dipermudahkan urusan
baitul muslim yang akan dibina sentiasa
mendapat rahmat Allah

bersyukurlah memperoleh jodoh
dunia dan yang pastinya Akhrat kelak

untuk lili jodoh dunia itu belum pasti 
tetapi Akhrat insyaAllah :)

penantian adalah suatu yang sangat
indah jika ditemani kesabaran

jika diri mengharapkan si soleh
didiklah diri menjadi solehah terlebih dahulu
bukankah Allah itu adil?

pernah mendengar rintihan teman
soal jodoh dunia..
"kita dah kuat berdoa untuk mendapatkan dia"
ku ukirkan senyuman: cuba kuat lagi 
dan terus kuat berdoa
mungkin bukan dia tetapi ada 
yang hamba lain sedang kuat berdoa untuk
mendapatkan kamu

sirr 'ala barakatillah
sirr 'ala asrarillah

doa2 kan kejayaan bersama memperoleh
syurga kelak

"selamat bercinta hingga ke syurga"

kembali kepada fitrah
tujuan dan matlamat hidup
"mardhatillah"

tabarakallahu lakum

(^______^)














Saturday 10 May 2014

sentiasa diuji :)


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah untuk rasa cinta
yang masih bergerak dalam
HATI

Allah. Allah. Allah
andai punya kesempatan buat hamba 
dhoif ini
Aku ingin kisah hidupku 
dipenuhi dengan kisah cintaku 
bersamaMu

langkahku tersasar
Aku tewas dan tertipu dengan
dunia ini

dan Tuhan.
terima kasih kerana selalu
ada untukku 
biarpun seluruh dunia
meninggalkanku



lukisan hidupku hanya
Dia yang tahu
setiap titis airmataku
hanya Dia yang menjadi saksi

Allah ajarku sifat sabar
Lili, 
SABAR. SABAR. SABAR
fasobrun jameel

Na'am
Lili tengah sabar ni 
sehingga mengalir airmata
menahan hasutan 
syaitaan laknatullah (marah)

bila sedang marah
cepat cepat diam tau
Istighfar lili



jangan cakap apa-apa
jangan luahkan dalam tulisan
cukup hati yang rasa
sekurang kurangnya lili
tak sakitkan hati orang lain

bahasa lisan dan bahasa perkataan 
ianya sama sama menyakitkan

dan sesungguhnya
berlemah lembut itu lebih baik!

bila difikirkan
bagaimana penyakit hati ni
boleh singgah
dalam hati???????

mungkin keyakinan pada Allah 
makin berkurang
let's turn to Allah dear
Imlak Qolbi bil yakin sayang


my love said
"dont expect much from people
we will end up dissapointed
expect only from Allah
He knows what He is doing
He is the best listener
even you're say nothing"

lapangkan dadamu
Lili nak kuat kan?
minta pada Allah yang maha Kuat

sangat bersyukur menumpang
di bumiMu ini 
ya Allah
ramai yang sudi menegur
 :)

ustaz di pejabat selalu menegur
Lili ni pemalu orangnya
terdiam terus
mungkin bicaraku terlalu singkat
jika bersama ajnabi

namun bersama ustazah-ustazah
banyak pula bicaranya
mungkin bi'ah dari taman ilmu
sek raja perempuan Taayah
mendidikku sebegitu


kadi selalu memberi nasihat
soal aurat, nikah, zina
dan banyak lagi
Aku mampu tersenyum

InsyaAllah 
setiap nasihat itu akanku ingat
sehingga nafas terakhir

suatu hari kadi melihat aku
termenung menanti customer kononnya
hee :)
he said:
'' Lili tu termenung bukan apa
duduk memikirkan
'aku ni asyik isi borang orang je
bila pula nak isi borang
sendiri"
huhu 
satu pejabat ketawa

senyum je la
sokmo kena usik
tapi
itulah yang membuatkan
kita hilang stress
hiduplah dalam keadaan positif

sediakan diri untuk masa depan
kerana kita tidak akan
berpatah balik
tidak hidup di zaman islam gemilang
tidak dibawah pimpinan
sahabat terbilang
kita akan hidup di masa depan
yang lebih menggerunkan

maka bersedialah!
usah dilalaikan dengan hawa nafsu
jika perlu bertegas
teruskan
walaupun hakikat kelembutan
tidak pernah lari darimu


walaupun lili yang dulu
bukan yang sekarang namun
dikiri kananmu tetap setia 
menjagamu

wassalam 
(^_^)





kembara ilmu di bumi aceh



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah
syukur masih diberi peluang untuk mencoret 
something diruang ini
kesibukan dunia tidak pernah lari 
dari hidup maka sebagai seorang 
hamba uruslah baik baik

kali ni nak share sepanjang 
musafir cinta lili dibumi aceh yang terkenal
 dengan ujian hebat yang mereka terima dari Allah
ujian tanda cinta kan???
hanya hamba yang hebat layak menerimannya
ianya berlaku pada 26 disember 2004
masih ingat??

saat itu ramai yang dijemput Allah untuk 
kembali padanya
Allah sayang mereka
Allah tidak mahu mereka 
melakukan maksiat lagi
kita yang masih dipinjamkan kehidupan
bagaimana????
Allah juga sangatttt sayang
diberi peluang untuk bertaubat

setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya
bersangka baiklah bersama Rabb

musafir kami disana selama 5 hari 4 malam
kami diiringi 2 orang pensyarah
yang lebih menguntungkan kami 
salah seorang dari pensyarah kami adalah 
penduduk asal aceh iaitu 
Dr Abdul Kader

hari pertama kami disana 
kami dibawa terus ke masjid baiturrahman
ramai yang mengatakan rugi jika tidak ziarah masjid 
ini jika tiba di Aceh






subhanallah!
benar sangat cantik dan terpegun melihat
keindahan rumah Allah ini
masjid ini bukan sahaja digunakan untuk solat
malah dijadikan sebagai madrasah

selain itu juga ramai yang datang ziarah masjid ini
ia seperti sebuah tempat perlancongan




hebatnya kuasa Allah
masjid ini tidak ditenggelami air ketika
sunami datang melanda




hari kedua kami disana 
kami dibawa melawat ke UIN
iaitu universiti islam negeri
mahasiswa disana sangat peramah melayan 
kami dengan baik
malah mereka juga sangat fasih berbahasa arab



hari seterusnya kami dibawa
melawat ke muzium sunami yang penuh 
dengan tinggalan sejarah



di ruang ini kami dapat melihat rakaman 
bagaimana keadaan sunami berlaku
ketika kejadian


nama-nama mangsa sunami di 
letakkan di suatu ruang



jadi camerawoman je
:)


sangat cantik museum ni
till make us falling in love
subhanallah!


nak tau ni apa???
ni kapal yang terdampar saat banjir
sunami berlaku





diatas kapal sunami
pozing ye??
ha layan kan je korang ni :)


seterusnya pergi melawat ke tempat
sampan yang turut mendarat
diatas sebuah rumah
ceritanya sangat menarik
seekor buaya menolak sampan ini


next.................

kita ke pesantren :)





sepanjang berada disana 
banyak yang kami telah pelajari

sehinggalah ke suatu tempat
yang membuatkan hati kami terusik
dan sangat kagum
iaitu pondok moden gontor





inilah satu satunya kenangan yang tidak
dapat kami lupakan
semester akhir bersama
mengukir kenangan dibumi Allah
yang sangat indah





maaf ye ustaz ustaz soleh
antum kena jadi cameraman
so takde dalam gambar
^_^

moga ukhwah yang terjalin persis untaian
tasbih
ada permulaan namun tiada penghujungnya
lili sayang semua kerana Allah

mudah mudahan kita sama-sama
memperoleh syurgaNya

<3
wassalam