2:216

Thursday 22 March 2012

tausiyyat du'at

"tazkiyyah an-nafs"

bismillahirrahmanirrahim
Allahumma faqqihna fiddin

Alhamdulillah..
post kali ni actually perkongsian
untuk minggu lepas namun masa mencemburui 
jadi simpan dalm draft dulu..
hari ni sempat juga meng'post' semula :)

jika jasmani yang sakit jumpa tobib
kalau rohani sakit??
jumpa ustaz atau ustazah :)

penawar dan ubat yang dicari cari
Alhamdulillah
telah ku temui..
tika diri ini diuji dengan "amradulqolb"
Engkau memberi jalan agar aku kuat
kembali...




baru baru ini liqo' 1k telah dilaksanakan..
buat semua ahli spmm
 "tausiyyat du'at"
hm..apa itu tausiyyat du'at ?
tausiyyat du'at ni adalah wasiat
buat pendakwah muda..




especially for usim's students
penampilan khas oleh
ustaz syed abdul kader al-jufree
alhamdulillah
banyak ilmu ilmu yang sangat berguna
buat saya dan sahabat sahabat
walaupun masa terlalu singkat untuk liqo'
kami tapi alhamdulillah 
wasiat wasiat yang
disampaikan oleh ustaz sangat berguna..





disini sedikit sebanyak saya mahu berkongsi
dengan sahabat sahabat yang lili sayang
mengenai pengisian dari ustaz..
dalam ceramah ustaz menceritakan sebuah kisah
seorang hamba Allah yang mendapat husnul khatimah
hamba Allah ni kembali ke rahmatullah
 ketika didalam solat isya'
masyaAllah nikmatnya
ustaz kata hamba Allah ni ketika hidupnya
dia adalah seorang pesara tentera 
dan bekerja sebagai seorang 
tukang gunting rambut cuma
apabila masuk waktu solat 
dia akan menuju ke masjid 
untuk menunaikan solat berjemaah.
jarak antara masjid dan kedainya dekat 
.maka dia akan berjalan kaki.  
dalam perjalanan untuk ke masjid
dia akan mengajak orang yang dijumpainya 
di tengah jalan untuk sama sama solat berjemaah.
mulianya hati hamba Allah ni..

disini ustaz memberitahu bahawa sebagai seorang
pendakwah, kita bukan sahaja perlu berdakwah
dengan cara menyampaikan ceramah tetapi
dengan mengajak orang lain membuat kebaikan
juga adalah dakwah..
hidup kita adalah untuk akhirat kita.
berbuatlah kebaikan sebanyak mungkin demi
menyelamatkan akhirat kita.
sesungguhnya Allah sangat Adil..
Dia beri kita rukhsah bagaimana mahu
menyelamatkan akhirat kita..
dengan menjaga hati kita.
selain itu,
seperti yang kita ketahui zaman
sekarang ni terlalu canggih dan moden.
pelbagai cara kita boleh berdakwah.
ustaz kata salah satunya melalui
facebook..




hm..semuanya terletak pada diri
masing masing..
bagaimana kebijaksanaan kita untuk
menambah pahala?
fikir fikirkan
apabila kita meletakkan status berbentuk
tazkirah..

insyaAllah kita akan peroleh pahala
dan apabila ada orang 'share' status kita
insyaAllah berlipat lipat ganda pahala kita..
dengan niat hati kita ikhlas lillahi ta'ala..
sebagai seorang pendakwah perkara
yang paling penting perlu ada ialah ILMU.
cintakan ilmu!





tanpa ilmu kita tidak mengenal pencipta kita.
apabila sudah memiliki ilmu apa yang perlu kita
laksanakan adalah mengamalkan ilmu ilmu
yang kita miliki.
insyaAllah selamat dunia akhirat.
liqo' pada malam jumaat yang penuh barakah
berakhir pada pukul 10.30 malam..

alhamdulillah..
ketika keluar dari dewan biiznillah saya bertemu
buah hati saya "sakinah"..
jika disekolah taayah dulu
kami sama sama badan dakwah.
kini alhamdulillah kami meneruskan perjuangan.
sama sama berada dimedan dakwah..
moga hati kita sama sama bertaut demi cintaNya
sayang dan cinta sakinah kerana Allah :)
semoga ilmu yang sedikit kita kongsikan
mendapat ganjaran disisi Allah..

Sunday 4 March 2012

teruskan bermujahadah~

bismillahirrahmanirrahim..

mengapa mujahadah itu pahit?
kerana syurga itu terlalu manis~



Allahumma faqqihna fiddin

Alhamdulillah masih diberi umur untuk
terus berjihad di taman syurga
walaupun kadangkala rindu family tapi
perjuangan perlu diteruskan demi mencapai
cita cita dan yang paling penting keredhaan
Allahu rabbi..

bukanlah dinamakan hidup jika tiada sentuhan
dari pencipta
sebagai hamba kita tidak pernah terlepas dari
perasaan sedih, gembira dan macam macam
perasaan..
Allah baik sangat dengan hambaNya
Allah maha penyayang.
Dia bagi kita rasa sedih supaya kita sentiasa
mengadu padaNya..
Dia bagi kita rasa gembira supaya kita 
mensyukuri nikmatNya..

setiap susah dan senang kita ada Allah disisi
Allah sangat sangatlah dekat dengan kita.
tapi kenapa kita masih kufur nikmatnya?
kenapa hanya ketika menghadapi musibah
kita berdoa?
sedangkan Allah tidak pernah walau sesaat
meninggalkan kita?
Astaghfirullah..



tajdid niat..
setiap sesuatu yang saya lakukan mestilah
untuk Dia.
untuk mendapat redhaNya.
setiap hari sebelum keluar dari rumah
kena ingat selalu niat saya menuntut ilmu
hanya untuk Dia.
moga ilmu itu mampu saya sampaikan suatu hari nanti
kepada mereka yang memerlukan.
bukan hanya untuk berjaya dalam imtihan tetapi 
saya perlu memikirkan secara mendalam.

yes! 
creative thinking!
apa pun yang penting niat lillahi ta'ala
moga Allah mempermudahkan setiap urusan
hamba hambaNya.
sebenarnya creative thinking & problem solving
silibus untuk semester ini..
sebagai hamba Allah kita memang sentiasa berfikir
itu sememangnya fitrah buat kita.



sedang membaca sebuah nukilan hasil fatimah syarha.
subhanallah!
dengan nikmat "brain" yang Allah beri
saya membaca sambil berfikir
betapa adilnya Dia dalam menyebarkan cintaNya.
poligami satu isu yang sering kita dengar
kita dapat melihat betapa 
Allah berlaku adil dalam isu ni
dalam buku ni juga terdapat info fiqh wanita
penuh manfaat insyaAllah..
selesai membaca bab poligami

lepas ni bab apa pula ya?
hm...
insyaAllah mengenai "muamalat" pula
tajuk untuk assignment ni..
mujahadah saya untuk buat yang terbaik

selagi bernafas insyaAllah saya akan terus 
bermujahadah untuk dekat denganNya..
walaupun hati ini berat sangat namun saya akan cuba 
yang terbaik kerana saya tau 
Dia sentiasa bersama saya.
Dia ada untuk mendengar pengaduan saya.

kadangkala saat bersendirian mengalir airmata.
bertanya pada diri.
mengapa hati saya diuji?
saya hamba yang dhoif.
tersangat sangatlah dhoifnya.
saya tak kuat menghadapi bahang api neraka
di akhirat kelak.
peliharalah hambaMu ini ya Allah!



pengalaman mengajar saya bahawa pergantungan 
dengan Dia membuatkan hati kita tenang.
padaNya ada jawapan yang hati kita persoalkan.
maafkan saya atas segala khilaf saya.
seawal taaruf saya bersama hamba Allah ni
saya sudah beristikharah..
saya temui jawapannya dalam keadaan hati saya
yang hanya pemilikNya yang tau.
saya tidak layak untuk awak.
insyaAllah.
Allah akan beri awak jodoh yang lebih baik dari
saya :)



nekad hati saya.
setiap urusan kita perlu mendapat jawapan 
dari pencipta..
maka gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya
insyaAllah moga kita peroleh jawapan yang
tepat ..
sama sama kita bermujahadah moga kita temui
jalan yang diredhaiNya :)


"Allah answers prayers in three ways, He says yes
and gives us what we want, He says no and gives
us something better or He says wait and gives us
the best in His own time..He know best for us"

doa...
teruskan berdoa tanpa henti demi kebaikan
dunia dan akhirat kita dan hamba hamba Allah
yang lain ^^,