2:216

Friday 19 August 2011

malam yang teristimewa~

Petua mencari lailatul qadar


Sharing is caring…


Kali ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari sahabat bearshare saya berkenaan petua mencari lailatul qadar.

Menarik kan??



Malam yang teristimewa ini hanya dihidangkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah wa syukur lillah..
Awal ramadhan tahun ini jatuh pada 1ogos 2011 maka disini terdapat beberapa pendapat:


1.pendapat imam nawawi: lailatul qadar insyaAllah akan jatuh pada malam ke-29 iaitu pada 28ogos 2011

2.pendapat sheikh wahab: lailatul qadar insyaAllah akan jatuh pada malam ke-21 iaitu pada 20ogos 2011

3.menurut pendapat imam as-syafie lailatul qadar tersimpan pada 10malam terakhir dalam bulan mulia ini. Pada 10 malam itu diutamakan malam-malam yang ganjil iaitu 21 dan 23.

Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada setiap masa, , setiap negeri iaitu mazhab kebanyakan Ahli al-‘Ilmi.










Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

*jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
*dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
*dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
*dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
*dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
*dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
*dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar  maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu









Dan telah memilih Imam Nawawi didalam  Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

*jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
*dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
*dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh

*dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
* dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

Kata Abu Al-Husan: “Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi”











Kesimpulannya disini jangan hanya beribadah pada malam-malam ganjil tetapi teruskan istiqamah untuk beribadah pada Allah.sesungguhnya lailatul qadar itu sir min asrarillah..


























Monday 15 August 2011

Alhamdulillah...kerana diberi nafas sehingga 15 ramadhan~

بسم الله الرحمن الرحيم

رمضان كريم !!!


Ramadhan ini bukan hanya pada zahir iaitu semata-mata
Menahan lapar dahaga, menunaikan solat terawih dan pelbagai lagi tetapi ramadhan ini adalah penyucian jiwa, membersihkan hati dan bulan keampunan segala dosa-dosa 
lalu.








Namun dalam kesibukan kita melaksanakan ibadah dalam bulan ramadhan, ada sesuatu yang perlu kita fikirkan dan perlu kita ambil berat. Kemampuan untuk kita mendapat kesempurnaan sangat-sangat tergugat akibat kekurangan ilmu.


Antaranya:-

Makan dan minum dengan sengaja disiang hari tanpa keuzuran.di dalam hadis Rasulullah bermaksud: sesungguhnya sesiapa telah batal puasa, hendaklah dia berpuasa baki harinya itu.


Makan sahur ditengah malam kerana malas mahu bangun diakhir malam. Individu yang melakukan amalan ini terhalang dari memperoleh kelebihan dan keberkatan dari Allah.


Bersahur hanya dengan makan dan minum tanpa melakukan ibadah yang lain. Ini juga kesilapan umat islam kerana diwaktu sahur hakikatnya itu adalah waktu terbaik qiamullail dan beristighfar.


Menunaikan solat witir selepas terawih. Sekiranya seseorang itu yakin dia akan bangun bersahur dan menunaikan solat malam maka tunaikan solat witir selepas solat malam dan tidak perlu melakukan selepas terawih.


Tidak melaksanakan solat fardhu ketika berpuasa. Ini merupakan kesilapan yang besar. Sememangnya solat bukanlah syarat sah puasa tetapi solat adalah rukun islam dan tonggak keislaman seseorang.


Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana solat  terawih. Ramai yang terlupa dan tidak tahu sesungguhnya solat fardhu lebih banyak kelebihannya berbanding solat sunat.







Menunaikan solat terawih dimasjid kerana inginkan kemeriahan. Malangnya jika seseorang melaksanakan kerana mahukan kemeriahan amatlah rugi.sesungguhnya setiap perbuatan itu diikuti dengan niat.


Bermalasan dan tidak produktif dalam melakukan kerja di siang hari dengan alasan puasa. Mereka tidak memikirkan bahawa setiap kerja yang kita lakukan itu adalah ibadah.


Memperbanyakkan tidur disiang hari. Sedangkan imam as-sayuti menegaskan bahawa hadis berkenaan amatlah lemah.








Menganggap waktu imsak adalah berakhirnya waktu bersahur padahal ia hanyalah lampu oren untuk bersahur. Waktu berakhirnya sahur yang sebenar adalah sebelum waktu subuh.


Wanita berterawih beramai-ramai tanpa menjaga aurat. Apabila wanita hadir ke masjid dengan mendedahkan aurat maka lebih tinggi ganjarannya solat di rumah.


Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.menurut hadis Rasulullah s.a.w: tiga golongan yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka dan orang yang dizalimi.









Maka janganlah kita mensia-siakan ramadhan kita yang hanya berbaki separuh je lagi..

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w: barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala maka diampunkan baginya pahala-pahala yang lalu










(^^,)