2:216

Thursday 16 February 2012

malu itu indah sangat (^_^)

bismillahirrahmanirrahim..

 pada malu itu ada iman :)




setiap wanita Allah kurniakan sifat malu
kerana malu, si wanita tahu menjaga kehormatannya
kerana malu, si wanita tahu menilai batas-batas sosialnya
kerana malu juga, si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu..




kini.........
si wanita itu sudah hilang malunya
kerana hilang malu itu terdedahlah auratnya 
lantas kehormatan diri tergadai
kerana hilangnya malu itu si wanita gagal menilai
apa itu HARAM apa itu HALAL




aduhai...
setiap lelaki juga dikurniakan oleh Allah sifat malu.
kerana malu, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar
sama sama menjaga maruah diri dan menjaga aurat.
kerana malu, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita
tentang batas batas sosial pergaulan ..
HALAL dan HARAM tu kena ingat!
kerana malu itu juga si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya
jangan mengajak si wanita berbuat DOSA




selalulah mengingatkan dengan kata kata
TAKUTLAH AKAN ALLAH!

kini...
si lelaki sudah hilang malunya
kerana hilang malu itu si lelaki mengajak si wanita
berbuat munkar
kerana hilangnya malu itu si lelaki lupa 
tentang hukum Allah
kerana telah hilangnya malu itu si lelaki
mungkin hilang taraf KHALIFAH..



sabda Rasulullah saw: 
sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.

wahai si wanita dan lelaki!

janganlah kamu menzalimi diri dengan meletakkan
malu bukan pada tempatnya..



malulah kita dengan Allah swt kerana ingkar akan suruhannya

malulah kita dengan Rasulullah saw kerana meninggalkan sunnahnya

malulah kita kerana malas dan lupa membaca al-Quran

malulah kita kerana tidak menghormati pendidik

malulah kita kerana melawan kata ibubapa

malulah kita atas dosa dosa yang kita lakukan....



Allahummaghfir lana zunubana.. ^^,

No comments:

Post a Comment