2:216

Friday 29 March 2013

mawar buatmu CINTA :)


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah :)
tika suka duka ku Engkau 
tetap ada untukku



saat diri alpa dan lalai Kau beri aku jalan
untuk terus bangkit
untuk meneruskan kehidupan 
sehingga izrail datang menjemputku

ketika sedang mencari santapan rohani
buat hati yang marid jiddan jiddan
 Allah penunjuk jalan yang mustaqiim

"MAWAR BUATMU YA RASULULLAH"




Alhamdulillah bertemu cinta baru
Al-habib Ali Zainal Abidin

subhanallah
sungguh ini adalah hadiah cintaNya
sangat sangat bersyukur




walaupun tidak dapat bertemu habibain
"ya hanana"
di dataran merdeka sebelum ni atas
kekangan waktu namun 
ALLAH maha kaya bersama cintaNya

:)

amanat ilmu yang dikongsikan
oleh habib bersama sama kami full with
LOVE !



kasih sayang Rasulullah terhadap kita
ummatnya
sedarkah kita ?

bukan hanya pada kata kata
akan tetapi membenarkan bersama sama
hati



betapa cintanya Allah buat junjungan
besar Nabi Muhammad sollallahu alaihi waalihi wasallam
sehinggakan malaikat juga mendapat rahmat
dari Rasulullah

rahmat Allah ini terlalu luas
tiap tiap makhluk diatas muka bumi
Allah dikurniakan rahmat
iaitu KASIH SAYANG

hebat cintaNya !

"sesungguhnya orang yang paling layak 
denganku dari kalangan kamu pada hari kiamat kelak ialah orang 
yang paling banyak berselawat keatasku ketika di dunia"

sungguh Allah menghadiahkan pemberian 
paling bermakna buat kita
hambaNya dengan cinta kasihnya 
Rasulullah

mawarku :)


benar,
hatinya terlalu suci
hatinya sangatlah lembut

tiada terselit sedikit pun kebencian
terhadap musuh islam
sehinggakan musuh jatuh cinta padanya

sebagaimana kisah Hanzalah
yang mana pada mulanya ingin membunuh 
Rasulullah bertukar menjadi sayang

Rasulullah menyentuh dada Hanzalah 
dan berubah daripada kebencian
kepada SAYANG


kata kata habib

"kata kata yang lembut tanda Rahmat wujud di hatinya"

begitulah kehebatan kekasih Allah
sahabat sahabat juga terlalu 
sayangkan Rasulullah

ketika Rasulullah bersedih
sahabat akan menjadi risau dan
sama sama akan bersedih

ketika Rasulullah gembira
maka sahabat akan turut gembira

inilah rahmat cinta ummat buatmu
ya Rasulullah



الحمد لله ثم الحمد لله على هذه النعمة
:)





amanat ilmu 'alim

ulama' pewaris nabi
sollu 'alan nabi 

صلى الله عليه وسلم

Allahu'alam 
:)