2:216

Saturday 13 July 2013

month of BARAKAH part 1


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah
sekali lagi dipertemukan 
dalam bulan yang penuh barakah

RAMADHAN KAREEM :)
mohon dipanjatkan kesyukuran
atas segala nikmatNya

pertemuan indah dalam
bulan yang mana pahala untuk
setiap amal amal soleh
dilipat gandakan

sungguh Dia yang pemurah
lagi maha pengampun

kasih dan cintaNya melebihi
tiap-tiap sesuatu 
diatas muka bumi ini


subhanallah

that's great !

setiap kali ramadhan bertamu
muslimin dan muslimat 
membuka hati untuk sama-sama
berniat untuk memperbaiki diri
untuk menjadi mukmin
yang terus dekat
dengan Allah

"wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan keatas orang-orang sebelum
kamu berpuasa agar kamu bertaqwa"2:183

pintu rahmat yang luas
terbuka untuk kita
menambah amal untuk bekalan disana 


pesan seorang sahabat~

jadikanlah university ramadhan ini 
untuk kita bersihkan hati dari dosa-dosa 
dan jinakkanlah nafsu yang liar 
supaya ikut arahan iman, 
berlapar penting untuk 
menjinakkan nafsu



 tambahkanlah ilmu dengan 
membaca hadis, 
tafsir-tafsir al-Quran dan buku ulama'
serta hadirilah majlis ilmu

sungguh rugi mereka yang tidak
mengambil peluang 
keemasan ini yang hanya 
hadir setahun sekali


 teruskan berdoa :)
jangan pernah berhenti
jangan pernah jauh

 terus terus dan teruskan
khusyuk beribadah kerana Dia
maha mendengar

ramadhan yang penuh barakah
tiap saat dan ketika 
berdoalah

sungguh waktu mustajab 
 adalah setiap masa
jangan lepaskan 
syurga rayyan menanti disana 



jangan tinggal terawih ye

:)


happy to share something :)
buat muslimat yang Allah beri hadiah
special ramadhan ni
jangan hazan ya ukhtie !

Allah sentiasa ada untuk kita
teruskan istighfar
teruskan amalmu tanpa henti
sediakan juadah buat mereka yang
berpuasa
bagi menambah amal kita

:)

ramadhan kareem




















No comments:

Post a Comment