2:216

Sunday 21 July 2013

month of BARAKAH part 2


بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah 



sungguh rahmat dan keampunannya
mendahului kemurkaanNya
cintaNya yang sungguh luas buat
hamba yang terlalu dhaif

Allahu rabbi wa rabbukum

bicara ustaz di subuh hari
dua perkara yang tiada pilihan
di dalam hidup kita

"pengampunan dari Allah"

"membebaskan diri dari azab neraka"

siapa pun kita disisiNya
baik ataupun kurangnya kita pasti
mengharapkan keampunan
dariNya

sedar atau tidak
sungguhnya kita berada didalam 
medan perjuangan RAMADHAN
Allah melihat sama ada 
perjuangan kita ni meningkat
ataupun menurun



tertarik dengan kuliah subuh yang 
disampaikan
ustaz berkaitan sebuah hadis

"ramadhan itu awalnya rahmah, pertengahannya
keampunan dan akhirnya terlepas
dari azab api neraka"

sedikit ilmu yang ingin saya 
kongsikan disini adalah berkaitan
darjat hadis ni
kajian hadis mengatakan bahawa
darjat hadis ini adalah
hadis munkar menurut Al-Albani

sedar atau tidak kita
bahawa sepanjang bulan ramadhan
kerap kali kita mendengar
penceramah atau ustaz-ustaz
menyampaikan tazkirah
berkaitan hadis ini?

hadis munkar ini juga dikategorikan
sebagai hadis ضعيف جدا
ia diberi nama begitu kerana
kesilapan perawi di dalam meriwayatkan
hadis iaitu melalui perawi yang fasik

sungguh hadis ini tidak boleh digunakan 
hujah untuk disampaikan kepada 
yang lain

moga Allah mempermudahkan
dan memberi jalan yang benar buat
mereka ulama'-ulama'
bagi menyampaikan ilmu



hakikatnya
ramadhan adalah bulan yang
Allah hadiahkan pada kita
keampunan rahmat dan kemerdekaan
dari azab annar dari awal hinggalah 
penghujungnya


"daripada Jabir r.a katanya beliau 
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: bukan 
amal seseorang yang memasukkanya 
ke syurga atau melepaskannnya dari neraka 
termasuk juga aku tetapi 
ia semata-mata rahmat Allah S.W.T" 
-riwayat muslim-

bilamana Allah mahu beri
kebaikan buat kita pastinya diberi
kefahaman dalam agamaNya

yakin ye

ramadhan kareem :)





























No comments:

Post a Comment