2:216

Friday 14 August 2015

untukmu anak


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

merindui anak anak khalifah
dua minggu berlalu tanpa mereka

ya tiap saat teringatkan mereka
setahun bersama
bukan mudah untuk dilupakan



rindu manja mereka
rindu rengekkan mereka



nak sambut
nak kiss
nak peluk kuat-kuat macam dulu
hanya Allah yang tahu

saat minggu terakhir bersama mereka
bertemu parents anak- anak ni

'ustazah lili dah tak ada lepas ni
sapa nak dukung zayd?'
kata si ummi..



tersentuh hati mendengarnya
wajah yang senyum siapa sangka
hati menangis :'(

ada ummi yang memeluk erat
dan membisik padaku:
tak ada lagi bertemu dengan ustazah
yang banyak sabar
macam ni..

Allah..
ujian untukku
apa lagi yang tinggal?



inilah perjalanan hidupku
melalui fasa-fasa sebelum aku
bertemu dengan Rabbku

macam mana garang sekalipun
hanya suatu lakonan
hakikatnya
Lili terlalu sayangkan mereka

bersama kesayanganku
ku tinggalkan pada mereka
senaskhah Al-Quran

moga terus terusan menjadi 
soleh dan solehah



'ustazah Lili berhenti sebab nak kahwin ye?'
soal anak

alahai anakku sayang
tiap-tiap hari jumaat mereka
akan solat hajat

pesanku pada tersayang
disujud terakhir jangan lupa
berdoa..

niat dalam hati 
nak jadi anak soleh
nak mudah faham ilmu Allah
rajin tolong kawan-kawan

tiba-tiba kamalia bersuara
'ustazah..nak doakan ustazah cepat kahwin
boleh?'

senyum je lah
bertuah si anak ni 

bersama mereka aku tak pernah 
terluka malah usikkan 
mereka membuatkan hati
bertambah tenang

Allah... :)
















No comments:

Post a Comment