2:216

Saturday 4 October 2014

Langkahku aturanMu ^_^


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah
syukur padaMu wahai Rabbku
saat hati terlalu lemah
dengan ujian yang silih berganti
Engkau tetap ada untukku

saat dumu' mengalir kerana
Engkau mengambil hatiku semula



benar lili tak kuat
mungkin kerana sayang
mungkin kerana pergantunganku
pada manusia terlebih sedikit

janjiMu pasti untuk hamba
saat ini doaku telah Engkau angkat

Alhamdulillah..

'ya Allah andai dia terbaik untukku
demi dunia dan akhiratku
pertemukan aku dan dia
suatu hari nanti dalam redhaMu'



lili hanya perlukan cinta selepas nikah
prinsip cinta dari zaman sekolah sehingga
kini tidak pernah berubah

maaf pada yang singgah dihati
namun kekuatan untuk menerima
jauh lagi

Astaghfirullah..

bicara bonda
jika sebelum ni angah banyak
menolak
moga-moga kali ini angah terima
dengan hati terbuka



untuk kali pertamanya lili cerita
pada lovely sister
along agak terkejut dan diam
seketika

along tahu adiknya yang ni
tersangatlah 'pelik'
kehadiran demi kehadiran
yang mahu bertaaruf sebelum ini
tidak kuterima



bukan sombong cuma atas sebab-sebab
tertentu hatiku masih tertutup

kini..........

"seorang hamba pemberi dan penerima
minyak wangi"

mak...
maafkan angah buat mak sedih
dalam telefon kukatakan
mak jangan berharap sangat ye
:'( 

tiada kekuatan untuk memulakan
cerita dengan mak
pada along lili cuba cerita 
dari along
mak tahu semuanya

berkali-kali mak kata 
'mak sedih'!



ketika lili dirumah mak tanya 
1001 soalan
Allah......................
berikanku kekuatan untuk menghadapi

lili cuba pujuk mak
hati ibu memang sukar untuk difahami
wajah nampak senyum namun
hati tiada siapa yang tahu

mungkin tersangat kecewa
alahaiii mak....

sering kukatakan 
'mak doakan angah ada jodoh 
dengan dia suatu hari nanti ye..janganlah sedih'

mungkin dia ada pilihan
 yang lebih baik dari anak mak ni
mungkin juga dia mahu fokus
dengan kerjayanya
anak mak ni baru nak konvo kan? 
berbeza dengan dia..
haih malu :)



ALLAH nak tegur ni
kita perlu sedar dimana kita??

harapan demi harapan
kelu lidah tanpa kata untuk dibicarakan
mak minta 'awak' hadir konvo saya

ya Allah izinkan diriku untuk membahagiakan
 mak dan ayahku sebelum 
mataku tertutup
jasadku terdiam
rohku diambilMu

walauku tahu takdir itu telah ditentukan olehMu
namun kekuatan doa mampu mengubahnya

sirr 'ala barakatillah

:)


wassalam....











No comments:

Post a Comment