2:216

Thursday 22 March 2012

tausiyyat du'at

"tazkiyyah an-nafs"

bismillahirrahmanirrahim
Allahumma faqqihna fiddin

Alhamdulillah..
post kali ni actually perkongsian
untuk minggu lepas namun masa mencemburui 
jadi simpan dalm draft dulu..
hari ni sempat juga meng'post' semula :)

jika jasmani yang sakit jumpa tobib
kalau rohani sakit??
jumpa ustaz atau ustazah :)

penawar dan ubat yang dicari cari
Alhamdulillah
telah ku temui..
tika diri ini diuji dengan "amradulqolb"
Engkau memberi jalan agar aku kuat
kembali...




baru baru ini liqo' 1k telah dilaksanakan..
buat semua ahli spmm
 "tausiyyat du'at"
hm..apa itu tausiyyat du'at ?
tausiyyat du'at ni adalah wasiat
buat pendakwah muda..




especially for usim's students
penampilan khas oleh
ustaz syed abdul kader al-jufree
alhamdulillah
banyak ilmu ilmu yang sangat berguna
buat saya dan sahabat sahabat
walaupun masa terlalu singkat untuk liqo'
kami tapi alhamdulillah 
wasiat wasiat yang
disampaikan oleh ustaz sangat berguna..





disini sedikit sebanyak saya mahu berkongsi
dengan sahabat sahabat yang lili sayang
mengenai pengisian dari ustaz..
dalam ceramah ustaz menceritakan sebuah kisah
seorang hamba Allah yang mendapat husnul khatimah
hamba Allah ni kembali ke rahmatullah
 ketika didalam solat isya'
masyaAllah nikmatnya
ustaz kata hamba Allah ni ketika hidupnya
dia adalah seorang pesara tentera 
dan bekerja sebagai seorang 
tukang gunting rambut cuma
apabila masuk waktu solat 
dia akan menuju ke masjid 
untuk menunaikan solat berjemaah.
jarak antara masjid dan kedainya dekat 
.maka dia akan berjalan kaki.  
dalam perjalanan untuk ke masjid
dia akan mengajak orang yang dijumpainya 
di tengah jalan untuk sama sama solat berjemaah.
mulianya hati hamba Allah ni..

disini ustaz memberitahu bahawa sebagai seorang
pendakwah, kita bukan sahaja perlu berdakwah
dengan cara menyampaikan ceramah tetapi
dengan mengajak orang lain membuat kebaikan
juga adalah dakwah..
hidup kita adalah untuk akhirat kita.
berbuatlah kebaikan sebanyak mungkin demi
menyelamatkan akhirat kita.
sesungguhnya Allah sangat Adil..
Dia beri kita rukhsah bagaimana mahu
menyelamatkan akhirat kita..
dengan menjaga hati kita.
selain itu,
seperti yang kita ketahui zaman
sekarang ni terlalu canggih dan moden.
pelbagai cara kita boleh berdakwah.
ustaz kata salah satunya melalui
facebook..




hm..semuanya terletak pada diri
masing masing..
bagaimana kebijaksanaan kita untuk
menambah pahala?
fikir fikirkan
apabila kita meletakkan status berbentuk
tazkirah..

insyaAllah kita akan peroleh pahala
dan apabila ada orang 'share' status kita
insyaAllah berlipat lipat ganda pahala kita..
dengan niat hati kita ikhlas lillahi ta'ala..
sebagai seorang pendakwah perkara
yang paling penting perlu ada ialah ILMU.
cintakan ilmu!





tanpa ilmu kita tidak mengenal pencipta kita.
apabila sudah memiliki ilmu apa yang perlu kita
laksanakan adalah mengamalkan ilmu ilmu
yang kita miliki.
insyaAllah selamat dunia akhirat.
liqo' pada malam jumaat yang penuh barakah
berakhir pada pukul 10.30 malam..

alhamdulillah..
ketika keluar dari dewan biiznillah saya bertemu
buah hati saya "sakinah"..
jika disekolah taayah dulu
kami sama sama badan dakwah.
kini alhamdulillah kami meneruskan perjuangan.
sama sama berada dimedan dakwah..
moga hati kita sama sama bertaut demi cintaNya
sayang dan cinta sakinah kerana Allah :)
semoga ilmu yang sedikit kita kongsikan
mendapat ganjaran disisi Allah..

2 comments:

  1. entry yg sgt menarik..Allah jadikn manusia sbg khalifah di muka bumi..kita sume sbnrnya adalah seorang dai'e..moga Allah sentiasa permudahkan jalan kpd kita dlm menyebarkan dakwah-Nya insyaAllah :))

    ReplyDelete
  2. Allahumma amin..
    moga diberi kkuatan utk terus istiqamah
    atas jalanNya ^^,

    ReplyDelete