2:216

Friday 16 December 2011

Sentiasalah beringat ya ukhti!


Cintai Allah selama-lamanya.
Jangan meletakkan cinta yang lain sebelum benar-benar cintakan Dia.
Semenjak aku berada disekolah lagi aku sentiasa berdoa 
agar Allah tidak mengujiku dengan kecintaan terhadap 
hambaNya yang tidak halal untukku.




aku tak kuat. Aku xmampu.

Ya Allah!

Biarlah Allah mengujiku dengan sesuatu yang lain. 
Agar aku mampu mengalirkan airmata untuk Dia. 
dan Allah telahpun memakbulkan doaku.

Pada tahun 2010 , iaitu tahun lepas. Allah menghidangkan sedikit ujian. Allah
Bagi aku sakit.huu
kalau nak tahu kuat tak kuat aku ni..inilah dia hamba Allah
yang bergelar nurul lili sahanas. 

Semuanya terbukti, Allah hebat!

Alhamdulillah bila ada sahaja kaum adam yang hadir dalam diriku
Aku tidak pernah memberi hatiku kepadanya. Cukuplah sebagai teman biasa
Sebelum ia bergelar zauj.

Kerana aku bimbang cintaku buat si Dia berkurangan 
sebab aku telah memberi pada yang tidak halal untukku. 

Aku yakin janji Allah tu pasti. Bila mana
Kita meletakkan cinta kepada Allah sepenuhnya, insyaAllah Allah akan bagi
Yang terbaik untuk kita.



aku tetap sabar menunggu.

Luasnya kasih Allah pada kita.
Ujiannya silih berganti. Setiap orang berbeza ujiannya.

Mesti kuat.

Mesti tabah!

Fikirkan tentang hikmahnya. insyaAllah akan bertambah iman kita.
Bila kita ditimpa sedikit ujian pasti ada si cantik dan si handsome yang berkata

SABAR.

Bunyinya mudah kan? 

Walaubagaimanapun tidaklah semudah ungkapannya.
Namun semua itu tidak mustahil untuk kita laksanakan. Allah tahu kemampuan
Kita. Jangan lupa ya. 

Allah kan pencipta kita. Sir minallah.
Menarik dan amat-amatlah tertarik bercinta dengan pencipta!

Seiring dengan azam tahun baruku.
Aku mahu mengenali Allah dengan lebih
Rapat. 

Tapi macam mana ya??

Ada sahabatku berkata kena selalu sebut nama Allah.
“Allah sentiasa bersama dengan orang yang selalu menyebut akannya”
Bila dah selalu sebut nama Allah tu mudah kita nak mengenali dengan
Lebih rapat.

Selain tu juga kita kenalah selalu memandang kebesaran Allah ni dengan mata
Hati. 

Agar lahir rasa syukur. Itupun membuatkan kita mudah mendekati Allah.
Sama-samalah kita praktik.

Tak rugipun kan?

insyaAllah.
Allahumma Amin

Haza faqot minni~

ilalliqo’

No comments:

Post a Comment